Isnin, Oktober 31, 2011

Badminton dengan Veteran Putrajaya

Taib sedang mengusahakan satu perlawanan persahabatan dengan kumpulan veteran Putrajaya selepas Raya Haji ni yang kemungkinan besar akan diadakan di Presint 16, Putrajaya. kalau jadi nanti, bolehlah bawak ahli keluarga ke sini kerana di sini terdapat pusat kejiranan dengan kemudahan awam yang disediakan. Alamanda pun tak berapa jauh dari tempat ini.

Maklumat Pusat Kejiranan Presint 16:

Dalam membina pasar kawasan kejiranan ini, perancangan ruang kawasan untuk kemudahan membeli-belah telah diberi keutamaan. Ruang masuk utamanya ialah melalui lobi yang menjadi ruang utama untuk kedua-dua tingkat bawah dan tingkat satu dengan halaman yang berlandskap yang juga bertindak sebagai kawasan menunggu. Bangunan ini menempatkan pasar, kedai minum, tandas awam dan kaunter penerangan yang menyampaikan maklumat melalui atas-talian kepada pembeli berkaitan dengan aktiviti di pasar setiap hari.
Di antara barangan yang dijual di pasar ini ialah makanan laut, ayam, daging dan sayuran. Individu yang berminat yang mempunyai pengalaman bersesuain dan juga kemampuan kewangan boleh memohon untuk menyewa gerai. Pemilihan penyewa adalah berdasarkan kebolehan dan potensi untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan mereka.
Tempat : Medan Selera Presint 16
Konsep : Medan selera terbuka ini terletak bersebelahan dengan perpustakaan, gymnasium dan kolam renang
Pilihan Menu : Masakan Melayu dan Mamak

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi :

Kompleks Kejiranan Presint 16
Jalan P16 J
62675 Putrajaya
Tel: 03-88887106, 03-88883214, 03-88884101
Faks: 03-88883075

1 ulasan:

Nandre The Legend berkata...

kepada semua pemain badminton, selamat hari raya aidil adha... selamat berkorban tenaga dan masa dalam melapah lembu.