Ahad, Oktober 02, 2011

Cherita Jamuan Raya - 1 Okt 2011


Majlis telah selamat dianjurkan pada 1 Oktober 2011 jam 7.00 - 10.30 malam. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Fadzli selaku Pengerusi Surau Al-Ikhwan. Kehadiran Pengerusi MPP Zon 4, Tuan Haji Ismahali Ridzwan Ismail pada malam itu memeriahkan lagi program tersebut. Gerai-gerai Koew teow kerang, nasi impit, kuah lontong, satay meru, roti jala, lemang dan lain-lain lagi menjadi tempat tumpuan para penduduk Seri Nuang.

Pada program tersebut, tetamu dari Komuniti Orang Asal turut serta menyumbangkan dua lagu nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan nasyid mereka, Al-Mawaddah. Pengerusi MPP juga turut menyumbangkan dua buah lagu hari raya bersama dengan Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Nuang, Bro Zaini.

Persembahan seterusnya adalah dari kumpulan kanak-kanak Seri Nuang dan diikuti dengan persembahan live band oleh D'Nuangers. Acara cabutan bertuah juga diadakan dengan acara meneka lagu instrumental.

Ucapan ribuan terima kaseh kepada DillCakes atas sumbangan cake yang besar dan sedap. Semoga Bisnes terus maju.

Tahniah kepada semua penduduk dan AJK yang terlibat dalam penganjuran majlis tersebut. Ini merupakan program kali ke-4 diadakan di Seri Nuang.

Lain-lain gambar ada kat sini

6 ulasan:

Zaini Hassan berkata...

Meriah gak tahun ni ya. Syabas kpd semua.

kawan zaini hassan berkata...

Berkat pertolongan kerjasama semua kawan-kawan yang mahu melihat seri nuang ceria dan happenings..

kwan pada kwn zaini hasan berkata...

orait la rugi sapa tak join..stage cam AJL tu....tahniah pada semua....

kwan pada kwn zaini hasan berkata...

orait la rugi sapa tak join..stage cam AJL tu....tahniah pada semua....

Nurin Jazlin berkata...

tu la hasil kawan-kawan punya idea.. tu memang grand dan akan menjadi ingatan dan sejarah kepada kita semua.

Inilah berkat kerjasama dan saling tolong-menolong antara kita semua.

Teruskan hidup secara muafakat kerna kita nak tinggal lama kat sini. Kawan-kawan akan terus menyokong kita dalam perlawanan futsal.

ruszia berkata...

makanan sedap..persembahan best...mmg mabellesssssss....tapi tak dapat tunggu sampai habis..anyway congrate pada semua yg menjayakan