Sabtu, Jun 05, 2010

Surau Al-Ikhwan - secara ringkas

Surau Al-Ikhwan adalah surau yang dibina oleh pihak pemaju bangunan. Surau ini telah didaftarkan dengan JAIS dengan nombor pendaftaran: JAI.SEL.BPM/01/032/379. AJK surau juga telah dilantik untuk menggerakkan aktiviti surau. Pihak surau juga telah mengadakan beberapa program bermula dari tahun 2008. Antara program yang telah dijalankan:

1. Sembahyang Tarawih 2008-2016
2. Kuliah agama
3. Qiyamullail
4. Halaqah
5. Kelas agama kanak-kanak
6. Ziarah YassinWanita
7. Majlis berkaitan dengan tarikh-tarikh Islam
8. Iftar Jamaie
9. Ihtifal Maulidur Rasul, Israq Mikraj
10. Solat waktu berjemaah
11. Menghadiri kursus jenazah anjuran JAIS (2010)
12. Klinik Al-Quran
13. Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa selamat
14. Majlis Aidil Fitri 2008-2016
15. Mengadakan kelas Fun Learning English pada 2016

Pihak surau juga telah menerima sumbangan berupa PA System dan carpet dari Lembaga Zakat Selangor pada tahun 2008. Surau juga telah membuat rancangan untuk mengadakan beberapa lagi program bermula, antaranya:

1. Kuliah bulanan
2. Yassin jemaah setiap minggu
3. Tadarus Al-Quran dalam bulan Ramadhan
4. Sesi Perkongsian ilmu bersama ustaz jemputan

Pihak surau juga mengalu-alukan sumbangan daripada luar. Sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui akaun bank surau iaitu: 120-380-101-02222 (Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Shah Alam). Semua sumbangan adalah atas nama "SURAU AL-IKHWAN".

4 ulasan:

penyokong itali berkata...

marilah sama-sama kita menyumbang kepada surau kita dengan apa cara sekalipon

pohon rimbun berkata...

Kita semua perlu berganding bahu dan perbanyakkan sedekah amal jariah demi keutuhan ukhwah sejagat.Oleh yang demikian marilah kite bersama-sama bersedekah wang ringgit @ tenaga utk memastikan segala program surau di tempat kita dapat berjalan dengan lancar.
Saya menyokong saranan daripada AJK tugas2 khas yg mengesyorkan sumbangan 1 rumah 1 kerusi dan 1 tingkat 1 meja dilaksanakan segera sblm bermula bulan ramadhan.Bagi memastikan kerusi dan meja dibeli dengan warna dan saiz yg sama saya mencadangkan agar kita semua penduduk memberi sumbangan wang tunai RM20 setiap rumah dan segala pembelian akan diuruskan oleh Ajk surau sendiri.
Percaya lah setiap wang ringgit yang dibelanjakan ke jalan Allah,pasti akan diberikan ganjaran oleh Allah.
TAKBIR

mat tapai berkata...

ya, marilah kita sama-sama bersedekah kepada surau karana apa yang disedekahkan itu banyak manfaatnya.. selagi mana org menggunakan benda yang kita bagi tu, maknanya selagi itulah pahala akan diperolehi.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

Terima kaseh atas cadangan yang diberikan.Sesungguhnya semua pemberian dan amal jariah akan pasti dibals jasanya oleh Allah swt.

Admin Blog