
Ya, walaupun kucing kita dilepaskan ke luar merayau-rayau dan hanya pulang ketika makan, kotak najis itu perlu disediakan. Kita mungkin merasakan laman rumah kita adalah bersih dan nyaman, tetapi rumah jiran kita akan terganggu dengan suasana nyaman yang di bina disebabkan oleh kucing kita memberikan hadiah beberapa ketul najis bersebelahan kasutnya.
Saya pernah mendengar dalam satu kuliah agama, bahawa dalam Islam, ulama' telah menetapkan jika kita membela kucing atau binatang peliharaan lain maka kita mesti menyediakan tempat untuknya membuang najis. Jika kucing itu membuang di kawasan rumah jiran, adalah wajib untuk kita membasuhnya.
Jika kita enggan maka jiran kita berhak untuk membawa kita bersumpah (bukan sumpah laknat ye) di hadapan Qadhi (hakim) bahawa kucing itu bukan milik kita dan pemerintah boleh merampas kucing atau binatang peliharaan itu. Saya terpegun kerana memikirkan bahawa ulama' begitu teliti dan telah lama memberikan penyelesaian terhadap masalah ini.
Rujukan: Alam Kucing
4 ulasan:
bagusnya komuniti nih
HAI alialisa,
apa macam cendol durian Borhan? layan ka?
saya chuba nak singgah nanti kalau balek sekinchan.
macamana pula dgn yg terpaksa hidu bau najis kucing jirannya? especially time angin sepoi2 bahasa, haruman najis kucing pun masuk ke umah jiran.
hah same la, bau taik kucing jiran masuk rumah, samaada dr belakang / balkoni, bole melekat bau kainbaju kt ampaian, mmg jahanam bau puaka lakhanat!, stakat ni saya doakan kucing jiran saya mampus cepat, sbb dah tak tahu nk menangani pemikiran zionis jiran saya(dh tahu,buat2 tak tau, bela gak)...akibatnya jiran2 memanggung stress!!!sekian!
harimau yg sedang tidur.
Catat Ulasan