Selasa, Disember 30, 2014

AJK Surau Al-Ikhwan 2013-2016


Jumaat, Disember 19, 2014

Pembukaan Rasmi Perpustakaan Mini Seri Nuang

Pembukaan rasmi Perpustakaan Mini Seri Nuang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut: Tarikh: 21 Dis 2014 (Ahad) Masa: 2.00 - 6.00 petang Tempat: Perpustakaan Mini Seri Nuang (Sebelah pejabat JMB Seri Nuang) Semua dijemput hadir

Rabu, Disember 10, 2014

Puisi "Rumah Kita...Kampung KIta

Puisi ini telah dideklamasikan oleh Saudara Azrin dan Saudara Muaz  bermain rekoder dengan lagu tema 'Braveheart' dan 'Titanic' secara solo pada 6 Dis 2014 yang lalu.

Ahad, Disember 07, 2014

Program Berkhatan dan Karnival Kesihatan Mini (7 Dis 2014)

Program Berkhatan dan Karnival Kesihatan Mini telah diadakan pada 7 Disember 2014 (Ahad) yang mana telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Haji Khalid Samad yang diiringi oleh ADUN Kota Anggerik, YB Dr Haji Yaakob Sapari. Seramai lebih kurang 40 orang anak-anak telah menyertai program berkhatan ini. Hospital Pakar Salam Shah Alam (http://www.salam.com.my/website/shahalam) telah membuka kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dan yang berbayar. Selain daripada itu, terdapat juga gerai jualan takaful, makanan, produk kesihatan dan bekam.

Sabtu, Disember 06, 2014

Hari Penjurian Mini ZeeBee 2014 & Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Hari Penjurian Pertandingan Mini ZeeBee 2014 dan pertandingan mewarna kanak-kanak telah diadakan pada 6 Dis 2014 (Sabtu). Majlis telah dimulakan dengan persembahan Monolog oleh Saudara Azrin dan Saudara Muaz. Ucapan aluan telah disampaikan oleh En Zaini dan Puan Hajah Anizan. Pembentangan pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Dr Kamarul Ariffin.

Juri-juri daripada MBSA yang diketuai oleh Prof. Dr. Dasimah Omar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UITM telah tiba jam 11.00 pagi. Beliau juga sudi merasmikan Perpustakaan Mini Seri Nuang dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna. Seterusnya ada sesi lawatan kawasan, jamuan makan dan potong kek dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para juri dan pemerhati dari MBSA.

Karnival Kesihatan Mini @Seri Nuang


Jumaat, Disember 05, 2014

Penjurian Pertandingan Mini ZeeBee 2014

Isnin, Disember 01, 2014

Hari Karnival Komuniti Sihat 2014

Karnival Komuniti Sihat 2014 anjuran Fakulti Perubatan, UiTM telah diadakan pada 30 Nov 2014 di Pangsapuri Seri Nuang. Seramai lebih kurang 70 pelajar Tahun 4 dari fakulti tersebut telah hadir dalam program beserta dengan beberapa orang pensyarah.