Ahad, Mei 31, 2009

Pelan Takaful Khairat Kematian

Tarikh: 30 Mei 2009

Kepada semua Muslimin & Muslimat yang dihormati,

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN PENDUDUK SERI NUANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dengan ini pihak Surau Al-Ikhwan berhasrat untuk mewujudkan satu tabung khairat kematian bagi semua penduduk Muslimin & Muslimat di Seri Nuang. Pihak surau telah berbincang dengan pihak Surau Ar-Rahmah Seksyen 8 yang mana mereka bersetuju untuk pihak Seri Nuang turut serta di bawah kumpulan mereka.

Buat masa sekarang Surau Ar-Rahmah menggunakan menggunakan Pelan Takaful Khairat Kematian dari Takaful Malaysia. Bayaran yang dikenakan adalah berpandukan pada jadual yang disertakan di bawah.

Jika ada di antara saudara & saudari yang berminat, sila dapatkan borang permohonan dari:

· Abdul Samad Sedik 013-355 7407
· Adnan Haris 012-614 6504

Tarikh akhir penghantaran borang ialah pada 21 Jun 2009.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ABDUL SAMAD SEDIK
Pengerusi
Jawatankuasa Surau Al-Ikhwan

Tel: 013-355 7407
Email: asamadsdk@gmail.com

Sabtu, Mei 30, 2009

Deklarasi Nilai Budaya Perdamaian

1. Menolak keganasan dan penggunaan kekerasan dalam menyelesaikan segala jenis masalah.
2. Menyelesaikan masalah dan konflik melalui proses dialog dan perundingan.
3. Menjadikan perpaduan sebagai teras perdamaian.
4. Mempelajari dan memahami kepelbagaian budaya dan cara hidup di dunia.
5. Menjadikan keadilan sosial, ekonomi dan politik sebagai teras perpaduan dan perdamaian.
6. Menghormati dan mempromosi nilai-nilai hak asasi manusia.
7. Menyediakan saluran dan mekanisme yang sesuai untuk pengluahan perasaan, aspirasi dan kehendak masyarakat.
8. melibatkan semua golongan masyarakat terutamanya wanita, golongan muda dan kanak-kanak dalam segala aktiviti perdamaian.
9. Mengembangkan pendidikan perdamaian di semua peringkat pengajian.
10. Menjadikan budaya perdamaian sebagai amalan hidup kita.

Sumber: http://www.seascn.net

Sabtu, Mei 23, 2009

Badan Pengurusan Bersama aka JMB

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata.

SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.

SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.

SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.

SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.

SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.

SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.

SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.

Rujuk Akta 663

Rabu, Mei 20, 2009

Strata Title

Geran Subsidiari atau Strata Title

Apakah yang dimaksudkan Geran Subsidiari ?
Bangunan-bangunan bertingkat yang telah mematuhi syarat-syarat berikut boleh dipecah/dibahagikan kepada beberapa petak dan geran-geran berasingan boleh dikeluarkan kepada setiap petak. Geran-geran yang diberikan kepada tiap-tiap petak di sesuatu bangunan bertingkat dinamakan Geran Subsidiari. Geran subsidiari dikenali juga dengan nama Geran Strata.

Syarat-syarat bagi pecah-bahagi bangunan kepada geran-geran subsidiari:-
  • Bangunan berkenaan mestilah terletak di atas tanah bergeran.
    Bangunan berkenaan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua tingkat dari paras tanah dan juga mempunyai keluasan minima bahagian luar (superficial) seperti yang ditetapkan oleh Pengarah Tanah dan Ukur.
  • Geran subsidiari akan diberikan hanya bagi bahagian-bahagian di sebuah bangunan yang mana terletak di dalam sempadan geran tanah yang berkenaan. Perakuan oleh Juruukur berlesen menyatakan bahawa bangunan yang akan dipecah-bahagi terletak di dalam sempadan geran tanah.
  • Sempadan luar petak-petak mestilah dibina dengan bahan-bahan kekal (Permanent materials).
  • Tiap-tiap petak mestilah ada pintu masuk berasingan yang tidak melintasi petak-petak yang lain.
  • Tiap-tiap petak mestilah mempunyai kemudahan perhubungan dalam yang tidak melintasi kawasan guna sama.
  • Semua cukai tanah bagi geran itu perlu dijelaskan.
  • Pecah-bahagi tidak melanggar sebarang undang-undang bertulis.
  • Cadangan pecah-bahagi tidak dilarang oleh sebab-sebab pembatasan ke atas hakmilik.
  • Pemegang cagaran geran tanah dan/atau pemilik geran tanah itu telah bersetuju dengan bertulis untuk pecah-bahagi bangunan.

Apakah Faedah Geran Subsidiari ?

  • Geran-geran subsidiari membolehkan pemilik-pemilik petak memiliki petak-petak dalam bangunan tersebut secara persendirian dan berasingan. Pemilik geran subsidiari boleh menjual petak-petak yang dimiliki olehnya, memberi petak-petaknya kepada saudaranya ataupun mewariskan petak-petaknya kepada saudara maranya. Semua ini tanpa persetujuan atau pengetahuan pemilik-pemilik petak-petak lain di bangunan bertingkat yang sama. Geran subsidiari juga boleh digunakan sebagai cagaran untuk meminjam wang dari institusi-institusi kewangan tanpa mendapatkan kebenaran atau persetujuan dari pemilik-pemilik petak lain.
  • Satu lagi faedahnya ialah pemilik geran subsidiari boleh menggunakan tempat guna sama (seperti tangga, lif dan halaman bangunan) yang terletak dibawah jagaan korporasi pengurusan.

Korporasi Pengurusan

  • Mengikut undang-undang, bangunan-bangunan yang hendak dipecah-bahagi kepada geran-geran subsidiari mestilah menubuhkan korporasi pengurusan. Semua pemilik-pemilik petak-petak akan menjadi ahli dalam korporasi pengurusan dan semua kawasan guna sama (semua kawasan yang tidak termasuk petak-petak individu) akan menjadi harta dan tanggungjawab korporasi pengurusan.
  • Korporasi pengurusan memilih satu majlis yang mana akan menjadi tanggungjawab bagi:-
    Geran tanah asal.
  • Menguruskan pembayaran cukai tanah kepada kerajaan apabila ianya hendak dibayar.
  • Memelihara bahagian-bahagian guna sama dan halaman-halaman bangunan.
  • Memungut dari pemilik geran subsidiari sebarang wang yang telah dibelanjakan untuk petak kepunyaan pemilik tersebut.
  • Memungut dari tiap-tiap pemilik geran subsidiari wang yang perlu untuk membaiki, memelihara, membayar cukai, premium insuran dan lain-lain. Jumlah yang dikenakan kepada tiap-tiap pemilik geran subsidiari adalah seimbang dengan saham-saham yang dimiliki oleh tiap-tiap pemilik.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

  • Adalah lebih mudah bagi Pihak Berkuasa Tempatan untuk berurusan dengan korporasi pengurusan berkenaan dalam memastikan kebersihan serta kawasan guna sama terjaga daripada membiarkannya diurus secara individu yang mana adalah cenderung kepada pengabaian.

Cara-cara Memohon Geran Subsidiari

  • Pemilik-pemilik bangunan bertingkat yang berhajat untuk memecah-bahagikan bangunan mereka kepada petak-petak untuk tujuan mendapatkan geran-geran subsidiari hendaklah mengemukakan permohonan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) di daerah yang berkenaan dengan menggunakan borang A (LSF 1064) bersama-sama dengan cadangan pelan pecah-bahagi dan bayaran yang tertentu. Pelan cadangan pecah-bahagi boleh disediakan oleh Juruukur Berlesen atas permintaan pihak pemilik tanah.
  • Selepas pemeriksaan awal, Penolong Pemungut Hasil Tanah akan mengirimkan dokumen-dokumen kepada Pengarah Tanah dan Ukur. Pengarah Tanah dan Ukur setelah memeriksa dan mendapatinya teratur akan meluluskan permohonan dan memaklumkan pemohon dengan serta merta. Setelah diluluskan, pemilik boleh melantik seorang Juruukur Berlesen untuk mengukur dan melukis pelan-pelan yang perlu.
  • Selepas pengukuran, Juruukur Berlesen akan melukis pelan-pelan yang perlu dan mengemukakannya kepada Pengarah Tanah dan Ukur, yang akan mengurus untuk pemeriksaan, kelulusan pelan-pelan, penyediaan, pendaftaran dan pengeluaran geran-geran subsidiari kepada pemilik berkenaan.
  • Source:
    http://www.scribd.com/doc/9756360/Pengenalan-Akta-Hakmilik-Strata-1985

Isnin, Mei 18, 2009

Kunjungan Al-Ikhwan ke Ar-Rahmah

Malam semalam, Bro Fadzli, Bro Samad, Bro Zaini, Bro Taib, Bro Shazli dan Nandre telah berkunjung ke Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 untuk mewujudkan satu connection antara surau Al-Ikhwan dengan Ar-Rahmah. Alhamdulillah Bro Fadzli telah membawa berjumpa dengan wakil surau yang beliau kenali. Kami telah berbincang mengenai hal khairat kematian. Hal ini adalah penting bagi penduduk Islam untuk turut serta dalam khairat kematian.

Al-Ikhwan telah meminta pandangan dan nasihat mengenai hal ini daripada AJK Ar-Rahmah. Mereka memberi kebenaran bagi Al-Ikhwan untuk turut serta dalam senarai khairat kematian di bawah pengeurusan Ar-Rahmah. Ini kerana Al-Ikhwan masih baru dan perlu belajar lebih banyak lagi mengenai selok-belok pengurusan sesebuah surau yang baru ini.

Perbincangan secara tidak formal telah menampakkan hasil yang positif disamping layanan mesra yang diberikan oleh pihak Ar-Rahmah. Akhirul qalam, semoga perhubungan antara Al-Ikhwan dan Ar-Rahmah akan terus kekal berpanjangan.

Website Ar-Rahmah: www.arrahmahs8.com

Rabu, Mei 13, 2009

Carta Organisasi Surau Al-Ikhwan

Isnin, Mei 11, 2009

ISTAK - Bir Halal?

Click here for full article