Isnin, Oktober 31, 2011

Badminton dengan Veteran Putrajaya

Taib sedang mengusahakan satu perlawanan persahabatan dengan kumpulan veteran Putrajaya selepas Raya Haji ni yang kemungkinan besar akan diadakan di Presint 16, Putrajaya. kalau jadi nanti, bolehlah bawak ahli keluarga ke sini kerana di sini terdapat pusat kejiranan dengan kemudahan awam yang disediakan. Alamanda pun tak berapa jauh dari tempat ini.

Maklumat Pusat Kejiranan Presint 16:

Dalam membina pasar kawasan kejiranan ini, perancangan ruang kawasan untuk kemudahan membeli-belah telah diberi keutamaan. Ruang masuk utamanya ialah melalui lobi yang menjadi ruang utama untuk kedua-dua tingkat bawah dan tingkat satu dengan halaman yang berlandskap yang juga bertindak sebagai kawasan menunggu. Bangunan ini menempatkan pasar, kedai minum, tandas awam dan kaunter penerangan yang menyampaikan maklumat melalui atas-talian kepada pembeli berkaitan dengan aktiviti di pasar setiap hari.
Di antara barangan yang dijual di pasar ini ialah makanan laut, ayam, daging dan sayuran. Individu yang berminat yang mempunyai pengalaman bersesuain dan juga kemampuan kewangan boleh memohon untuk menyewa gerai. Pemilihan penyewa adalah berdasarkan kebolehan dan potensi untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan mereka.
Tempat : Medan Selera Presint 16
Konsep : Medan selera terbuka ini terletak bersebelahan dengan perpustakaan, gymnasium dan kolam renang
Pilihan Menu : Masakan Melayu dan Mamak

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi :

Kompleks Kejiranan Presint 16
Jalan P16 J
62675 Putrajaya
Tel: 03-88887106, 03-88883214, 03-88884101
Faks: 03-88883075

Sabtu, Oktober 29, 2011

Kembara Rohani 2012

KEMBARA ROHANI 2012

Harga: RM 4,950 seorang

Harga di atas meliputi:
• Pakej Umrah dan ziarah
• Harga tiket penerbangan / bas / hotel
• Pakej 13 hari 11 malam
• Menaiki Royal Brunei / Oman

Pendaftaran dibuka sekarang, sila hubungi:

En Mohd Fadzli Baharudin
Tel: 013-369 5169
Email: adfadzli@yahoo.com

Rabu, Oktober 26, 2011

Takraw seri nuang lawan Sirim

Sabtu ni, 29 Oktober 2011, geng takraw seri nuang akan mengadakan perlawanan dengan team Sirim di Dewan Sirim Shah Alam jam 4.30 petang. pastikan kejayaan di tangan kita. Selamat berjaya.

Selasa, Oktober 11, 2011

Kuliah Maghrib: Ustaz Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz

Kawan-kawan semua,

Surau At-Taqwa, Bukit Bandaraya Shah Alam akan mengadakan ceramah oleh Ustaz Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz pada 12 Okt 2011 selepas solat Maghrib. Beliau merupakan seorang Pastor Kristian yang telah memeluk Islam dan menginfakkan sepenuh masa beliau untuk berdakwah. Beliau juga telah mengIslamkan seramai 2000 orang di pedalaman Sabah.

Luangkan masa dan berilah sumbangan seikhlas mungkin untuk beliau menruskan kerja-kerja menyampaikan risalah Allah. Sebarkan kepada kawan-kawan dan jiran.

TQ.

Rujuk:

http://paksipb.blogspot.com/2008/07/kisah-hidup-ustaz-farhan-abdullah.html

Ahad, Oktober 02, 2011

Cherita Jamuan Raya - 1 Okt 2011


Majlis telah selamat dianjurkan pada 1 Oktober 2011 jam 7.00 - 10.30 malam. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Fadzli selaku Pengerusi Surau Al-Ikhwan. Kehadiran Pengerusi MPP Zon 4, Tuan Haji Ismahali Ridzwan Ismail pada malam itu memeriahkan lagi program tersebut. Gerai-gerai Koew teow kerang, nasi impit, kuah lontong, satay meru, roti jala, lemang dan lain-lain lagi menjadi tempat tumpuan para penduduk Seri Nuang.

Pada program tersebut, tetamu dari Komuniti Orang Asal turut serta menyumbangkan dua lagu nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan nasyid mereka, Al-Mawaddah. Pengerusi MPP juga turut menyumbangkan dua buah lagu hari raya bersama dengan Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Nuang, Bro Zaini.

Persembahan seterusnya adalah dari kumpulan kanak-kanak Seri Nuang dan diikuti dengan persembahan live band oleh D'Nuangers. Acara cabutan bertuah juga diadakan dengan acara meneka lagu instrumental.

Ucapan ribuan terima kaseh kepada DillCakes atas sumbangan cake yang besar dan sedap. Semoga Bisnes terus maju.

Tahniah kepada semua penduduk dan AJK yang terlibat dalam penganjuran majlis tersebut. Ini merupakan program kali ke-4 diadakan di Seri Nuang.

Lain-lain gambar ada kat sini