Selasa, Jun 22, 2010

Update: Tempat Recycle

Pihak Pengurusan Fasiliti, Conso Carta telah dikunjungi oleh pihak Jabatan Kesihatan untuk memeriksa kawasan yang disyaki tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, pengurus Conso Carta, En. Zunnasri Baharuddin telah memanjangkan mesej tersebut kepada Tuan Zaini Hassan untuk memastikan tempat pengumpulan barang-barang recycle dikemaskini dan disusun secara elok dan memastikan bahawa tidak ada sisa buangan yang terkandung dalam barang-barang tersebut.

Oleh itu, Usaha ini diharap dapat dilaksanakan sebelum 23 Jun 2010 iaitu pada hari Rabu.

Tuan Pengerusi meminta Kerjasama semua pihak AJK Persatuan Penduduk agar bersama-sama melaksanakan tindakan ini.

Isnin, Jun 21, 2010

Kaedah menjauhi syaitan dan Iblis
































Malam tadi telah berlangsung satu kuliah agama selepas Maghrib bersama ustaz jemputan iaitu, Ustaz Mohd. Yusof Arbain dari Jabatan Standard & Kualiti, SIRIM Berhad, Shah Alam. Beliau merupakan kenalan bagi salah sorang ahli Seri Nuang. Alhamdulillah, program malam tadi berlangsung dengan clear. Banyak tips-tips yang telah diberikan oleh ustaz bagi kita untuk menjauhkan diri dan keluarga daripada gangguan syaitan dan iblis nie. Terdapat juga nota untuk edaran yang disediakan oleh beliau.

Jumaat, Jun 18, 2010

Cermah bulanan: Jun 2010

Ceramah bulanan anjuran Surau Al-Ikhwan pada kali ini adalah seperti di bawah:

Tarikh: 20 Jun 2010
Masa: Selepas sembahyang Maghrib
Tempat: Surau Al-Ikhwan

Penceramah jemputan: Ustaz Mohd Yusof Arbain daripada SIRIM Berhad.

Rabu, Jun 02, 2010

Free Gaza: Solat hajat dan Qunut Nazilah

Gaza: Jakim seru solat hajat, qunut nazilah di seluruh negara.

PUTRAJAYA 1 Jun _ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah mulai malam ini bagi memohon keselamatan semua anggota misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, solat hajat itu diharap dapat diadakan serentak di seluruh negara selepas solat Maghrib hari ini dan juga selepas solat Jumaat ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai reaksi terhadap keganasan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang

terlibat dalam misi `Flotila Kebebasan' bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Utusan

Selasa, Jun 01, 2010

Kad akses untuk masuk ke Seri Nuang


Bermula 1 Jun 2010, semua kenderaan yang hendak memasuki ke kawasan dalam Seri Nuang dimestikan mempunyai kad akses yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan fasiliti. Satu kad adalah untuk 1 parking sahaja, maknanya satu rumah satu kad. Untuk motosikal, telah disediakan lorong kecil di sebelah kiri yang memerlukan pelekat rasmi dan tidak memerlukan kad akses.