Ahad, Oktober 31, 2010

Bersama Ustaz Husni Zaim

















Majlis ilmu mengenai pengimarahan masjid / surau telah diadakan pada 30 Okt 2010 selepas maghrib. Tuan guru pada kali ini ialah seorang imam muda yang bernama Ustaz Husni Zaim Muhammad, Al-Azhar, yang merupakan bekas imam masjid di TTDI Jaya. Sekarang beliau bergerak sebagai pendakwah bebas di samping memenuhi undangan majlis ilmu.

Jumaat, Oktober 29, 2010

Perhimpunan Perdana JMB Selangor 2010

Bertempat di: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Waktu: 8:30 pagi - 4:00 petang

Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini. Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.

JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan. Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.

Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir. Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah:

1. Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
2. Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
3. Saluran bagi Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.

Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, Dato' Menteri Besar Selangor. Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.

Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir. Cabutan bertuah akan diadakan dengan 5 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.

sumber dari:-
http://iskandar56100.blogspot.com/2010/10/himpunan-perdana-jmb-seluruh-negeri.html

Rabu, Oktober 27, 2010

Ceramah Umum

Jumaat, Oktober 22, 2010

Salam Takziah

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Nandre (2-2-5) di atas pemergian bapa mertuanya pada 20 Oktober 2010 yang lalu. Bapa mertua beliau telah meninggal dunia jam 2235 di Hospital Tg. Karang. Jenazah telah dibawa balik ke rumahnya di Tali Air 6, Sungai Leman, Sekinchan untuk dimandikan dan dikafankan. Seterusnya, jenazah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Alaniah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Leman, Parit Tujuh, Sekinchan kira-kira jam 1100. Arwah meninggal dalam usia 70 tahun disebabkan oleh jangkitan kuman dalam usus.

Al-Fatihah.

Khamis, Oktober 14, 2010

Mesyuarat Penubuhan JMB Pangsapuri Seri Nuang

Mesyuarat Penubuhan JMB Pangsapuri Seri Nuang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Seri Nuang

Semua pemilik rumah diminta hadir bersama-sama dalam mesyuarat tersebut.

Rabu, Oktober 13, 2010

Salam Takziah

Kami warga kerja Seri Nuang ingin mengucapkan berbanyak Takziah kepada Saudara Adnan Haris aka The Legend dari 2-2-5, Seri Nuang 2 di atas pemergian arwah ayahnya, Haji Haris Abdul Munai pada 12 Oktober 2010 di Hospital Taiping, Perak.

Jenazah kemudian telah dikebumikan di Tanah Perkuburan 2, sebelah Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping, Perak selepas sembahyang Zohor.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Yang Esa.
Al-Fatihah.

Rabu, Oktober 06, 2010

Jamuan Hari Raya Seri Nuang Success!

Jumaat, Oktober 01, 2010

Kongsi ilmu dengan semua

Kat Blog ni ada banyak ilmu yang buleh kita ambil sebagai panduan dan rujukan.

Sila klik kat sini.