Rabu, September 25, 2013

Kerja-kerja pembaikan pagar dan lantai lift Blok 1

JMB telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan pagar yang rosak akibat dilanggar oleh lori berhampiran Blok 1 dan juga meletakkan pelapik getah di dalam lift di Blok 1. Diharapkan agar ianya memberikan keselesaan kepada penduduk khasnya di Blok 1.

Sabtu, September 21, 2013

Operasi Lebah Seri Nuang

Operasi memburu sarang lebah telah dijalankan pada 19 Sept 2013 (Khamis) lebih kurang jam 9.59 malam. Sekumpulan tenaga kerja dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah hadir menjalankan operasi memburu sarang lebah yang terletak di Wakaf Nombor 2 di Taman Seri Nuang. Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada JPAM atas khidmat bakti yang telah diberikan. Respons dari JPAM sangat drastik dan pantas.

Gambar ehsan FB Komuniti Seri Nuang

Rabu, September 18, 2013

Kepentingan membayar caj penyelenggaraan



SEBAHAGIAN PETIKAN MENGIKUT AKTA 663, Bahagian VII, DEPOSIT & MENDAPATKAN CAJ:
Mendapatkan caj oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB)

32. (1) Jika caj penyenggaraan menjadi boleh didapatkan oleh Badan daripada seseorang pembeli menurut kuasa seksyen 23, Badan boleh menyampaikan kepada pembeli itu suatu notis bertulis yang meminta pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam tempoh, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1), jumlah wang atau sebahagian daripada jumlah wang itu masih belum dibayar, Badan boleh menyampaikan kepada pembeli itu notis bertulis selanjutnya yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu; dan jika selepas tamat tempoh tersebut, jumlah wang yang kena dibayar masih belum dibayar, Badan itu boleh memulakan prosiding dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa bagi mendapatkan jumlah wang tersebut atau, sebagai tambahan atau sebagai alternatif untuk mendapatkannya di bawah seksyen ini, mengambil jalan keluar dengan mendapatkannya di bawah seksyen 33.

(3) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 25 untuk menyenggarakan dan menguruskan sesuatu kawasan pemajuan, suatu notis yang dihantar oleh ejen pengurusan itu hendaklah disifatkan telah dihantar oleh pemaju atau Badan.

Mendapatkan tunggakan caj

33. (1) Jika amaun caj yang kena dibayar tertunggak selama enam bulan, Pesuruhjaya boleh, atas permintaan pemaju atau Badan, mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang B Jadual Kedua yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli yang ditemui di dalam petak atau di tempat lain di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

(2) Tiada waran penahanan boleh dikeluarkan oleh Pesuruhjaya melainkan jika Pesuruhjaya telah menyampaikan suatu notis dalam Borang A Jadual Kedua kepada pembeli atau mana-mana seorang daripada pembeli petak itu, jika lebih daripada satu, yang meminta pembeli itu membayar tunggakan itu dalam masa empat belas hari dari penyerahan melalui pos atau penghantaran.

(3) Waran itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya yang hendaklah membuat inventori harta yang ditahan itu dan pada masa yang sama memberikan notis dalam Borang C Jadual Kedua kepada orang yang pada masa penahanan itu ternyata merupakan orang yang memiliki harta itu.

(4) Pegawai itu boleh, pada waktu siang, memecah masuk secara paksa ke dalam mana-mana petak atau bangunan atau mana-mana bahagian petak atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan penahanan itu.

(5) Melainkan jika tunggakan dan caj pungutan dibayar dalam masa tujuh hari dari penahanan harta itu, harta yang ditahan itu hendaklah dijual melalui lelongan awam.

(6) Jika apa-apa amaun didapatkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen ini, Pesuruhjaya boleh memotong daripada amaun itu caj pungutan itu bagi apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.

(7) Apa-apa amaun yang didapatkan oleh Pesuruhjaya, selepas pemotongan caj pungutan itu, hendaklah didepositkan ke dalam Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan secepat yang dapat dilaksanakan.

(8) Apa-apa lebihan, selepas pemotongan apa-apa amaun oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (6), hendaklah dibayar kepada orang yang, pada masa penahanan itu adalah atau ternyata memiliki harta itu.

Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj

34. Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa sebab yang munasabah, gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan dan pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Jumaat, September 13, 2013

Sekitar Jamuan Raya Seri Nuang pada 8 Sept 2013

Terima kasih diucapkan kepada ADUN Kota Anggerik, Dr Hj. Yaakob Sapari kerna sudi hadir memeriahkan program tahunan ini. Tahniah kepada AJK yang telah bertungkus lumus memastikan program ini dapat dilaksanakan dari tahun ke tahun. Kepada tetamu yang hadir, semoga selamat semuanya.