Selasa, Jun 28, 2011

Sekitar Ceramah Israk Mikraj

Jumaat, Jun 24, 2011

Rumah Untuk Dijual dan Disewa

PANGSAPURI SERI NUANG, BUKIT BANDARAYA SHAH ALAM, SEKSYEN U11, SHAH ALAM
http://serinuang.blogspot.com

LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH SELANGOR sebagai pemilik kepada unit-unit di Blok 1, Pangsapuri Seri Nuang, Bukit Bandaraya Shah Alam, Seksyen U11, Shah Alam ingin membuka jualan kepada orang ramai yang berminat untuk membeli dan menyewa

Tawaran ini juga merupakan sahutan kepada program “Skim Rumah Pertamaku” (www.srp.com.my) yang telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Tawaran ini juga dibuka supaya pembeli akan menghuni rumah yang telah dibeli dan bukannya untuk diberikan sewa kepada orang lain.

Kepada individu yang mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

En. Zaini Hassan – 017-256 4221 (9.00pm – 11.00pm sahaja)
Email: zaynee2002@yahoo.com | serinuang@gmail.com

LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH SELANGOR
TINGKAT 5, PODIUM UTARA, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
SEKSYEN 5, 40503 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
No Telefon: 603 - 5544 7537/ 7170/ 7199/ 7079/ 7961/ 7166/ 7419/ 7078
No Fax: 603 - 5513 5568
E-mail: lphs@selangor.gov.my | http://lphs.selangor.gov.my

Rumah untuk dijual/disewa

Pemilik 2-8-10 ingin menjual atau menyewakan unit rumahnya.

Sila email beliau di eightydinax@yahoo.com (Dina)

Untuk urusan jual/beli boleh contact 012-651 5679 (Kak Yati). Tuan rumah sedang berada di Dubai.

Rabu, Jun 22, 2011

Bersama Ustaz Hamizul

Selasa, Jun 21, 2011

Dialog Penduduk dengan EXCO Perumahan Selangor

Program dialog "Isu Taraf Tanah Kediaman Negeri Selangor Khususnya Seksyen 8 dan U11 dan Isu Air Percuma bagi Penduduk Rumah Pangsa" akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 Jun 2011 (Khamis)
Tempat: Kawasan Tempat Letak Kereta sebelah Surau Seksyen 8
Masa: 9.30 malam

Ahli Panel:

1. YB Tuan Dr Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik
2. YB TYuan Ir. Iskandar Abdul Samad, EXCO Perumahan Negeri Selangor

Anjuran: MPP Zon 4, MBSA.

Ahad, Jun 19, 2011

Peta to Seri Nuang

Khamis, Jun 16, 2011

Recycle barang-barang terpakai

Recycle day akan diadakan lagi pada:

Tarikh: 19 Mei 2011 (Ahad)

Masa: 9.00 - 9.30 pagi

Tempat: Wakaf Demokrasi, Seri Nuang.

Sila bawak turun paper lama, botol, tin-tin, kertas terpakai dan lain-lain.

Rabu, Jun 15, 2011

Meeting Surau dan Penduduk



Semua AJK Surau dan Persatuan diminta hadir.

Ahad, Jun 12, 2011

Blog Kreatif

Laman sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan Flickr telah mendominasi dunia maya pada masa kini. Selain daripada itu, penulisan blog menerusi blogspot, wordpress dan domain individu juga telah menjadi fenomena terkini pengguna internet mendapatkan info ekonomi, politik, sosial, hiburan, pendidikan dan sebagainya.

Blog ialah sebuah laman web yang mana kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog merupakan satu platform bagi seseorang menyampaikan kisah peribadi, berkongsi infomasi terkini dan sebagainya. Blog juga berupaya mempengaruhi kalangan pengikutnya untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan berbahas dalam sebarang isu.Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.

Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri utama blog. Blog mempunyai pelbagai kategori seperti blog teks, blog foto, blog video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting); dan merupakan sebahagian daripada rangkaian media sosial.

Aktiviti blogging telah menjadi trend masakini khususnya kepada golongan professional, pelajar, pemimpin dan sebagainya. Satu aspek yang pasti mereka merupakan golongan pengikut dunia maya yang celik IT.

Selasa, Jun 07, 2011

Perjumpaan dengan Ejen Pengurusan Baru bagi Seri Nuang

Semua pemilik rumah Seri Nuang dijemput hadir dalam satu sesi pertemuan dengan Ejen Baru Pengurusan maintenance Seri Nuang. Sesi tersebut akan diadakan pada:

Tarikh: 9 Jun 2011 (Khamis)

Masa: 9.30 malam

Tempat: Wakaf Demokrasi

Ini penting untuk mengetahui status kadar bayaran maintenance bulanan bagi setiap rumah. Adakah akan dinaikkan atau sebaliknya?

Jumaat, Jun 03, 2011

Aktiviti Shah Alam: Jun 2011

Khamis, Jun 02, 2011

Bapa Mertua Bro Zaini kembali ke Rahmatullah

Terkini:

Berita diterima daripada Saudara Mat Harzazi mengenai pemergian bapa mertua Bro Zaini dan juga bapa kepada Kak Izan, En Hussin lebih kurang jam 3.45 pagi. Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan di Felda Bukit Cherakah Puncak Alam lebih kurang jam 10 atau 11 pagi.

Semoga Roh arwah akan dicucuri rahmat Yang Esa. Amin. Contact Bro Zaini: 017-256 4221

Al-Fatihah.