Rabu, September 23, 2009

Pemergian Ibu Sdra Taib (2-4-9) ke Rahmatullah

Belasungkawa...

Pada subuh hari raya keempat, ibunda kepada sdra Taib yang menetap di 2-4-9 telah pergi ke Rahmatullah akibat sakit tua. Arwah telah meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Puchong dan disemadikan di kampung halamannya di Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam.

Semoga Roh arwah akan dicucuri Rahmat dari Allah. Amin.

Jumaat, September 18, 2009

Selamat Hari Raya 2009

Tahun 2009 ini kita merayakan hari raya aidil fitri kali kedua di sini. Semoga ikatan ukhwah akan terus terjalin dan memupuk ikatan muafakat. Amin.

Photo courtesy of Lefiores.com

Selasa, September 15, 2009

Selamat Hari Malaysia - 16 September

Rabu, September 09, 2009

Iftar Ramadhan

Sempena di minggu terakhir bulan Ramadhan dan juga di 10 sepuluh malam terakhir ini, maka pihak Surau Al-Ikhwan akan mengadakan satu program yang pertama kali diadakan di sini, iaitu Iftar Ramadhan. Antara solat-solat yang akan dibuat dalam slot Qiyamullail ini ialah Solat Tasbih (4 rakaat), Solat Taubat (2 rakaat), Solat hajat (2 rakaat)....

Kepada warga Seri Nuang, anda digalakkan untuk menyertai program ini.
Semoga kita mendapat keampunan daripada Allah, kerna Allah telah berjanji bahwa pintu kemapunan dibuka sepanjang Ramadhan.

Selasa, September 08, 2009

Slot mengenai Fidyah

Satu slot ilmu akan diadakan di Seri Nuang. Tajuk yang dibawa adalah "Fidyah: Kaedah & Pengiraan". Tarikh yang dipilih ialah pada 8 September 2009 (Selasa).

Slot ini akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi (780916-11-5319), Nazir Masjid At-Taqwa, Kapar, Klang, Selangor dan juga merupakan Ketua Unit Dakwah Umum, Lembaga Zakat Selangor. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Program ini akan diadakan selepas sembahyang Isyak dan sebelum memulakan sembahyang Tarawikh. Ustaz juga akan mengimamkan sembahyang Tarawikh pada malam itu.

Untuk melayari blog Ustaz Faryzan, sila klik di sini ---> http://abuizhar.blogspot.com. Beliau juga boleh dihubungi melalui email: faryzan@e-zakat.com.my atau talian telefon: 03-5522 7700 / 03-3392 5764 / 012-378 8175

YB Haji Yaakob Sapari di Seri Nuang

































Semalam, 7 Sept (17 Ramadhan), ADUN Kota Anggerik, YB Tuan Haji Yaakob Sapari telah sudi meluangkan masa berjemaah Isyak dan Teraweh dengan jemaah di Seri Nuang ini. beliau telah hadir bersama pembantu beliau, Ustaz Shamsul yang juga imam pada malam semalam. Selepas selesai solat Teraweh, ada sesi Tazkirah ringkas dan juga jamuan moreh. Sesi ramah-mesra juga didakan semasa makan moreh. Alhamdulillah, sesi temubual dengan YB itu membuahkan hasil serta mendapat sedikit maklumat mengenai keadaan di Selangor.

Isnin, September 07, 2009

Nuzul Quran

Pihak Jawatankuasa Pangsapuri Seri Nuang mengucapkan selamat menyambut hari nuzul Quran kepada semua penduduk.

Semoga isi kandungan Quran ini dapat dimanfaatkan serta diambil iktibar untuk menjadi pedoman dan arah kepada kita semua. Sesungguhnya ianya adalah satu mukjizat kepada umat Islam

Kepada yang bercuti, selamat bercuti dan kepada yang bekerja, teruskan tanggungjawab di bulan Ramadhan ini.

Sabtu, September 05, 2009

Al-Fatihah