Selasa, April 28, 2009

Futsal: Seri Nuang vs BBSA U11/5

Inilah satu gambar yang bersejarah bagi Seri Nuang pada tahun 2009 di mana telah berlangsungnya perlawanan futsal yang pertama dengan pasukan luar Seri Nuang. Buat pertama kalinya, Seri Nuang FC telah berentap dengan pasukan BBSA U11/5. Lihatlah betapa mesra dan akrabnya kedua-dua pasukan pada hari tersebut. Alhamdulillah, pasukan Seri Nuang FC telah berjaya menewaskan BBSA U11/5. Ini sebagai perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan.

Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti ini akan berterusan di masa-masa akan datang demi merapatkan silaturrahim sesama kita.

Manfaatkan tanah di Seri Nuang

Kempen memanfaatkan tanah di kawasan rumah telah diperkenalkan oleh PM Malaysia ke-5, Pak Lah. Ini adalah satu usaha yang baik bagi penduduk yang mempunyai tanah dalam kawasan rumah, eloklah menanam pokok atau tumbuhan hijau agar peredaran udara akan menjadi lancar. Tumbuhan hijau sepertimana yang kita tahu membekalkan oksigen (O2) kepada manusia.

Seri Nuang yang kita diami sekarang ni tak mempunyai banyak kawasan tanah. Oleh itu, pihak maintenance telah memulakan aktiviti menanam pokok-pokok di belakang pondok membuang sampah. Antara pokok-pokok yang telah ditanam adalah pisang, ubi kayu, limau nipis, lengkuas, nenas, kacang panjang, serai, pandan dan lain-lain lagi. Sapa yang ada pokok-pokok lain untuk ditanam, maka sila sumbangkan kepada tanah tersebut.

Ini merupakan satu inisiatif yang murni oleh warga Seri Nuang kepada tanah. Berbudilah kepada tanah, kita akan dapat hasilnya. Di samping itu juga, berkebun dapat mengisi masa lapang penduduk. Go for it guys!!!!

Isnin, April 13, 2009

Jom BBQ!!

Seri Nuang memerlukan satu program yang menarik untuk melibatkan penyertaan para penduduk dan ahli keluarga masing-masing. Cadangan untuk mengadakan aktiviti BBQ merupakan satu cadangan yang baik untuk para penduduk kenal antara satu sama lain. Buat permulaan, mari kita organise program nie kat kawasan rumah kita dulu. Kalau ada sambutan yang menggalakkan daripada penduduk, barulah kita cuba di luar kawasan Seri Nuang.

Walaupun program seumpama ini nampak simple, tapi kita kena lihat impak selepas program. Dari situlah wujud muafakat dan kenal ahli keluarga masing-masing. Dalam program itu nanti, kita juga boleh adakan satu slot "ice-breaking" untuk semua peserta memperkenalkan diri masing-masing serta dengan ahli keluarganya. Benda nie akan jadi fun and interesting kalau kita organise dengan betul.

Selama ini kita hanya kenal ketua rumah sahaja, diharapkan selepas program seumpama ini, kita lebih mengenali ahli keluarga yang lain.

Ahad, April 12, 2009

Kenali MB Selangor

Y.A.B. TAN SRI DATO` ABD KHALID BIN IBRAHIM

Pejabat: Pejabat Menteri Besar Selangor Tingkat 21,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55141119/55447013
Fax: 55190032

Kediaman Rasmi: Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor
Jalan Permata 7/1, Bukit Megawati, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor
  • Y.A.B. Tan Sri Dato` Abd Khalid Bin Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P., lahir pada 1946 di Jeram, Selangor.
  • Memperoleh Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund.
  • Ahli “Financial Engineering Advisory Forum” Bank Pembangunan Islam, Jeddah.
  • Ahli gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
  • Menganggotai Lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan anggota Lembaga Amanah Institut Kaji Selidik Ekonomi Malaysia (MIER).
  • Merupakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
  • Pernah berkhidmat sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat di samping pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad.
  • Di samping itu, beliau turut menjadi Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel, yang merupakan syarikat-syarikat perladangan yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
  • Telah menghadiri International Visitors Program Amerika Syarikat pada 1983 dan Feloship Pertukaran Einsenhower pada 1989.
  • Pada Disember 15, 1998, Tan Sri menerima anugerah CEO Tahunan Malaysia 1997 yang dianjurkan bersama oleh Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Tan Sri turut mendapat pengiktirafan dari Universiti Queensland apabila menerima Anugerah Alumnus Antarabangsa yang pertama pada 2001.
  • Pada Julai 10, 2003, Tan Sri menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002 (First Asian Academy of Applied Business)” dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan baru sahaja dianugerahkan Feloship Pelawat Kanan oleh Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford.
  • Dan kini Tan Sri berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor yang ke 14.

Khamis, April 09, 2009

Seri Nuang FC

Seri Nuang sedang giat berlatih untuk game Futsal. Setakat hari ni, ada seramai 17 nama yang telah dimasukkan ke dalam senarai pemain. Para pemain inilah yang akan mewakili Seri Nuang untuk apa2 kejohanan yang dipertandingkan. Sukacitanya diumumkan nama-nama pemain yang dipilih:

1. Cikgu Shazli
2. Syaharudi Saari
3. Zulkifli Mamat
4. Fairus Halim
5. Samad Sedik
6. Razif MS
7. Azwan SUK
8. Ridzuan aka Iwan John
9. Taib Samat
10. Zaini Hassan
11. Khalid Abu
12. Azli BIMB
13. Zahidan Othman
14. Asrin Ramli
15. Johaidey ITM
16. Syaharul SIRIM
17. Shahrom ITM

Seri Nuang FC juga ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan team-team lain di samping menimba pengalaman bermain dengan pasukan lain. Jika ada mana-mana pasukan yang perlawanan persahabatan, kami amat mengalu-alukan demi menambahbaik prestasi Seri Nuang FC.

Selasa, April 07, 2009

Perkhidmatan telefon awam aka Public Phone

Pihak Jawatankuasa Penduduk ada menerima cadangan daripada penduduk mengenai kemudahan telefon awam. Beliau mencadangakan agar Seri Nuang mempunyai kemudahan telefon awam memandangkan line telefon tanpa wayar tidak begitu clear. Ianya juga bagi memastikan ada kemudahan perhubungan alternatif selain daripada telefon tanpa wayar masing-masing.

Ini merupakan satu cadangan yang baik di mana ianya boleh menambahbaik lagi kemudahan di Seri Nuang. Dengan penduduk yang sudah bertambah dari sehari ke sehari, maka perlulah kita adakan kemudahan tersebut. Apa komen tuan-tuan semua?

Alamat TM Shah Alam:

Bangunan TM Shah Alam
Persiaran Damai
Seksyen 11
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5510 5500