Selasa, Disember 20, 2022

Panorama Seri Nuang

 

Apabila meniup abu di dapur
Hati-hati terkena mata
Apabila hidup tahu bersyukur
Bagaikan rezki hatinya rela

#SeriNuangIndah
#RumahKitaKampungKita

Khamis, Disember 15, 2022

Seri Nuang di Kala Hendak Hujan

Harum sungguh si daun pandan
Tambah pula dengan gula kabung
Langit gelap tanda nak hujan
Petir guruh sabung-menyabung
Foto kredit: Rozaiman A Hamid

Rabu, Disember 07, 2022

Datuk Bandar Shah Alam ke-10


SHAH ALAM- Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam baharu berkuat kuasa 1 Disember 2022. 

Sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat pelantikan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,”katanya dalam ucapan ringkas Haris menerusi akaun Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Untuk rekod, Nor Fuad pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

Beliau menggantikan Datuk Zamani Ahmad Mansor yang memegang jawatan berkenaan sejak 14 Jun 2021 hingga 8 Oktober lalu.

Sumber: Kosmo Online

Isnin, Disember 05, 2022

Lift: Nadi Hidup Komuniti Strata

 

Kontraktor bagi fasiliti lift iaitu Eita Elevators telah datang bagi membaiki 'Motor Pulley' bagi Lift No.1 di Blok 2. JMB mengingatkan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab semua pemilik rumah untuk membayar maintenance fee pada setiap bulan. 

Sabtu, Disember 03, 2022

Sesi Cabutan Lot Parkir Sewa bagi Tahun 2023

 

Sesi cabutan bagi lot parkir sewa Seri Nuang diadakan pada jam 9.30 pagi 3 Dis 2022 di Dewan Serbaguna Seri Nuang. 





Khamis, Disember 01, 2022

Jadual Pengajian Ilmu - Disember 2022