Selasa, April 07, 2009

Perkhidmatan telefon awam aka Public Phone

Pihak Jawatankuasa Penduduk ada menerima cadangan daripada penduduk mengenai kemudahan telefon awam. Beliau mencadangakan agar Seri Nuang mempunyai kemudahan telefon awam memandangkan line telefon tanpa wayar tidak begitu clear. Ianya juga bagi memastikan ada kemudahan perhubungan alternatif selain daripada telefon tanpa wayar masing-masing.

Ini merupakan satu cadangan yang baik di mana ianya boleh menambahbaik lagi kemudahan di Seri Nuang. Dengan penduduk yang sudah bertambah dari sehari ke sehari, maka perlulah kita adakan kemudahan tersebut. Apa komen tuan-tuan semua?

Alamat TM Shah Alam:

Bangunan TM Shah Alam
Persiaran Damai
Seksyen 11
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5510 5500

1 ulasan:

Nandre The Legend berkata...

telefon awam adalah satu mekanisme perhubungan yang klasik. Oleh itu marilah kita usahakan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

amat berguna jika berlaku kecemasan dan harap jangan disalahgunakan oleh pemusnah harta benda awam.