Ahad, April 12, 2009

Kenali MB Selangor

Y.A.B. TAN SRI DATO` ABD KHALID BIN IBRAHIM

Pejabat: Pejabat Menteri Besar Selangor Tingkat 21,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55141119/55447013
Fax: 55190032

Kediaman Rasmi: Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor
Jalan Permata 7/1, Bukit Megawati, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor
  • Y.A.B. Tan Sri Dato` Abd Khalid Bin Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P., lahir pada 1946 di Jeram, Selangor.
  • Memperoleh Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund.
  • Ahli “Financial Engineering Advisory Forum” Bank Pembangunan Islam, Jeddah.
  • Ahli gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
  • Menganggotai Lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan anggota Lembaga Amanah Institut Kaji Selidik Ekonomi Malaysia (MIER).
  • Merupakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
  • Pernah berkhidmat sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat di samping pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad.
  • Di samping itu, beliau turut menjadi Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel, yang merupakan syarikat-syarikat perladangan yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
  • Telah menghadiri International Visitors Program Amerika Syarikat pada 1983 dan Feloship Pertukaran Einsenhower pada 1989.
  • Pada Disember 15, 1998, Tan Sri menerima anugerah CEO Tahunan Malaysia 1997 yang dianjurkan bersama oleh Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Tan Sri turut mendapat pengiktirafan dari Universiti Queensland apabila menerima Anugerah Alumnus Antarabangsa yang pertama pada 2001.
  • Pada Julai 10, 2003, Tan Sri menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002 (First Asian Academy of Applied Business)” dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan baru sahaja dianugerahkan Feloship Pelawat Kanan oleh Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford.
  • Dan kini Tan Sri berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor yang ke 14.

Tiada ulasan: