Memaparkan catatan dengan label surau al-ikhwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surau al-ikhwan. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 31, 2026

Pengajian Ilmu Bulan Ogos 2026

 

Janaan Powerpoint dan AI

Rabu, Jun 24, 2026

Servis Mesin Air Hijrah Water


Hari ini Saudara Nabil dari Hijrah Water datang ke Surau Al-Ikhwan bagi kerja-kerja servis penapis air Hijrah Water yang terdapat di perkarangan surau bagi kegunaan para penduduk. Mesin penapis air ini merupakan mesin yang diwakafkan oleh individu pada tahun 2023 kepada surau. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.

24 Jun 2026

#HijrahWater #SurauAlIkhwan

Sabtu, Jun 13, 2026

Kem Bestari Solat


Hari ini berlangsung Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh Surau Al-Ikhwan. Ada seramai 65 orang anak-anak yang menyertai program ini. Terima kasih kepada yang telah mendaftar dan semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada Ustaz Puaad Osman yang mengendalikan pada pagi ini.

13 Jun 2026

Isnin, Jun 01, 2026

Jadual Pengajian: Jun 2026

 

Rabu, April 01, 2026

Jadual Pengajian Ilmu Surau Al-Ikhwan: April 2026

 

Selasa, Mac 17, 2026

Saguhati Buat Peserta Tadarus Quran


Majlis penyampaian saguhati buat peserta Tadarus al-Quran di Surau Al-Ikhwan sempena Ramadan 1447H telah berlangsung dengan penuh kesyukuran dan suasana ukhuwah. Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam mengimarahkan surau melalui bacaan al-Quran sepanjang bulan mulia tersebut. Penyampaian saguhati bukan sahaja menjadi simbol penghormatan atas usaha mereka, tetapi juga sebagai dorongan untuk terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepada al-Quran, sekali gus mengukuhkan semangat kebersamaan dan memperkukuh nilai silaturrahim dalam komuniti Seri Nuang. Ada juga peserta yang tidak dapat hadir atas urusan lain di luar.

17 Mac 2026

Ahad, Mac 01, 2026

Pengajian Ilmu di Surau Al-Ikhwan: Mac 2026

 

Sabtu, Februari 21, 2026

Taraweh di Surau Al-Ikhwan

 

Khamis, Februari 19, 2026

Sumbangan Ihya Ramadan 1447


*Makluman Kutipan Sumbangan Ihya’ Ramadhan 1447H*

Pihak surau akan memulakan kutipan sumbangan bagi program Ihya’ Ramadhan. Hasil kutipan ini akan digunakan sepanjang bulan Ramadhan untuk menampung keperluan seperti moreh, juadah berbuka, pengimarahan solat tarawih serta aktiviti-aktiviti kebajikan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.” Sunan al-Tirmizi
Semoga Allah melipatgandakan rezeki dan ganjaran buat para penyumbang, serta menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan 1447H.
Kerjasama dan sokongan semua amatlah dihargai.
Surau Al-Ikhwan
Bank Islam 12038010102222

Rabu, Februari 18, 2026

Sumbangan Kepada Arwah Zawani Yusoff


Pihak Surau Al-Ikhwan melalui Biro Wanita telah menyampaikan sumbangan derma kilat dari jiran-jiran Seri Nuang kepada keluarga arwah Zawani Yusoff yang meninggal dunia pada 26 Jan 2026 yang lalu. Keluarga arwah diwakili oleh isteri arwah, Puan Az-Zahra telah menerima sumbangan tersebut. Semoga arwah dicucuri rahmat Ilahi selalu.

18 Feb 2026

Sabtu, Februari 07, 2026

Gambar Gotong-royong 7 Feb 2026

Ahad, Februari 01, 2026

Jadual Pengajian Surau Al-Ikhwan: Feb 2026

 

Isnin, Januari 26, 2026

Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk Arwah Zawani Yusoff (2-7-1)


Terima kasih pada yang hadir pada bacaan yassin tadi. Semoga Allah membantu "mereka" yang telah pergi dan kita yang sedang menunggu.

Pada yang tidak dapat hadir, inshaAllah, di lain masa Allah akan melapangkan kerja dan memanjangkan masa supaya dapat meluangkan masa di surau kita.
Kepada yang masih ingin menambah dana akhirat dengan menyumbang kepada Keluarga Arwah Zawani, bolehlah diteruskan usaha tersebut sehingga pagi esok.
Semoga Allah menggantikan kita dengan rezeki yang lebih banyak lagi untuk berinfak.
Wallahuaklam
26 Jan 2026

Rabu, Januari 21, 2026

Anak-anak Mengaji Al-Quran di Surau

 

Foto ihsan Uncle K 

Assalamualaikum. Anak-anak Seri Nuang berbaris menunggu giliran untuk mengaji Al-Quran. Suatu pemandangan indah buat penduduk semua. Kita sudah memasuki hari kedua bulan Sya’ban. Semoga Allah SWT memilih kita untuk istiqamah mengerjakan amal soleh. Amin.
21 Jan 2026
Nota: Ustaz saja pilih untuk mengajar di ruangan luar malam ini.

Khamis, Januari 01, 2026

Jadual Majlis Ilmu: Januari 2026

 

Isnin, Disember 01, 2025

Jadual Majlis Ilmu Surau Al-Ikhwan: Disember 2025

 

Rabu, Oktober 01, 2025

Jadual Majlis Ilmu: Oktober 2025

 

Rabu, September 10, 2025

Kelas Mengaji Al-Quran di Seri Nuang

 

Kelas Mengaji Al-Quran telah dimulakan pada 2 Sept 2025. Kelas diadakan pada hari selasa, rabu dan khamis. Waktunya adalah selepas solat maghrib

Isnin, September 01, 2025

Jadual Majlis Ilmu: Bulan Sept 2025

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak surau akan menganjurkan program majlis ilmu yang terbuka kepada semua ahli kariah dan penduduk setempat. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman agama, mempererat silaturahim, serta menyemarakkan budaya ilmu dalam komuniti. Pelbagai pengisian menarik seperti kuliah maghrib, tazkirah khas, dan sesi soal jawab bersama ustaz jemputan akan diadakan. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu dan memperkukuh iman.

Jumaat, Ogos 01, 2025

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil bagi keluarga Dr Iza (Tingkat 1, Blok 2) yang mana ibunya baru meninggal dunia. Majlis telah diadakan pada 1 Ogos 2025 selepas sembahyang maghrib dan dipimpin oleh Pengerusi Surau Al-Ikhwan, Saudara Ahmad Yani.