Khamis, April 30, 2026

Kuching di Balkoni

 

Selasa, April 28, 2026

Encik Maran dan Seri Nuang


Berita dukacita mengenai Encik Maran amat menyentuh hati semua warga Seri Nuang.

Ucapan Takziah untuk Encik Maran

Encik Maran, nama yang begitu sinonim dengan Seri Nuang, telah meninggal dunia pada 27 April 2026 ketika sedang bertugas. Kehilangan beliau amat dirasai kerana sepanjang hayatnya, beliau seorang yang berdedikasi, berdisiplin, dan sentiasa komited menjaga keselamatan kawasan ini.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Seri Nuang, rajin meronda dan cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu serta Inggeris. Walaupun pernah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, semangat beliau untuk kembali bertugas tetap ada, meskipun kesihatannya tidak sekuat dahulu.

Ramai di antara kita pasti teringat akan kelibat beliau di hadapan pondok pengawal, menunggu kenderaan untuk ke tempat kerja. Kita juga tidak akan lupa suara lantang beliau menegur anak-anak yang bermain mercun di taman berhadapan biliknya. Semua itu kini tinggal kenangan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan Encik Maran dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan Seri Nuang. Semoga roh beliau aman di sana.

#SeriNuang #RumahKitaKampungKita

Ahad, April 26, 2026

Seri Nuang langit Biru


Seri Nuang kita smart untuk dijadikan sebagai latar belakang. Chuma dinding luarnya perlu diberikan baju baharu.

Jumaat, April 24, 2026

Berbudi Kepada Tanah


Kawasan dalam Seri Nuang ni tidaklah besar sangat. Namun begitu, ada kawasan kecil bertanah dapatlah dimanfaatkan dengan tanaman yang digunakan setiap hari. Inilah dia kalau berbudi kepada tanah. Terima kasih kepada jiran yang menanamnya.

Di Bukit Bandaraya ni, ada satu kebun komuniti yang berdaftar dengan pihak MBSA. Di situ, hasil tanamannya lebih banyak disebabkan kawasan yang luas.

Rabu, April 22, 2026

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Night Tour

 

Sumber: FB Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Selasa, April 14, 2026

Bas RapidKL Beroperasi di Bukit Bandaraya Shah Alam


Bas RapidKL sudah memulakan khidmat di kawasan Seksyen U11 bermula 1 April 2026 yang lalu. Di hadapan bas tertera nombor '001'. Buat masa sekarang, ianya dalam fasa percubaan. ianya akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun 2026 sempena pelancaran LRT3. Jom kita naik bas.

Foto ihsan Jamsari Jumali

Jumaat, April 10, 2026

Shah Alam residents want quarterly tree audits to ensure safety

 

Sumber: The Star

Rabu, April 01, 2026

Jadual Pengajian Ilmu Surau Al-Ikhwan: April 2026