Jumaat, Julai 31, 2020

Sembahyang sunat Aidil Adha 1441

Para jemaah yang hadir semasa sembahyang sunat Aidil Adha, yang mana pertama kali diadakan di Surau Al-Ikhwan. Tahun 2020 memberi pengalaman baharu kepada Surau Al-Ikhwan bagi melaksanakan sembahyang sunat Aidil Adha. Surau juga telah melaksanakan sembahyang sunat Aidil Fitri pada bulan Mei yang lalu dalam jumlah jemaah yang terhad. 

Khamis, Julai 30, 2020

UCAPAN PENGERUSI JMB SERI NUANG SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H

UCAPAN PENGERUSI JMB SERI NUANG SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Kedatangan Aidil Adha setiap tahun sentiasa mengingatkan kita tentang sejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Allah SWT menjadikan sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi umat Islam untuk mengorbankan harta dan jiwa demi keimanan kepada Allah SWT.

Sempena Aidil Adha ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para anbiya’ yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk agama Islam yang tercinta. Betapa hebat dan dahsyatnya pengorbanan mereka demi Islam. Mampukah kita mengikut jejak langkah mereka dengan melakukan pengorbanan yang ikhlas dan komited yang hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Manusia yang berkorban itu mampu mewujudkan suasana yang aman dan tenteram serta bahagia di dalam sebuah organisasi mahu pun masyarakat. Sikap saling bantu-membantu sesama kita akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain dan mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Perlu diingat pengorbanan itu bukanlah satu senjata untuk kita menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah akan tetapi untuk mendapat keredhaan Allah Taala.

Maka marilah bersama-sama kita memupuk semangat berkorban dalam diri kita tidak kira sama ada harta dan tenaga demi membangunkan Seri Nuang yang kita sayangi ini dalam mengingatkan diri kita apakah sumbangan dan pengorbanan kita kepada Seri Nuang ini demi mencapai redha, maghfirah dan rahmat Allah. Justeru setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Seri Nuang yang sentiasa berjuang dan berkorban untuk mengharmonikan pangsapuri ini.

Marilah bersama-sama kita berjuang dan berkorban membina masa depan Seri Nuang yang lebih hebat dan cemerlang sebagai sebuah Komuniti  Islam yang berkualiti dan berjaya di masa akan datang. Salam Aidil Adha 1441 Hijrah daripada saya dan AJK JMB Seri Nuang Sesi 2019/2021 kepada keluarga Komuniti Seri Nuang. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita. Aamin

Haji Mohd Azrin b. Haji Ezahar
Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Nuang
Sesi 2019-2021


10 Zulhijjah 1441H

UCAPAN PENGERUSI SURAU AL-IKHWAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H

UCAPAN PENGERUSI SURAU AL-IKHWAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wassalam tu waasalam mualasayidina muhammad s.a.w.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kepada Muslimin dan Muslimat dalam Komuniti Seri Nuang yang diingati selalu.  Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,  mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan. Di kala kemeriahan itu jua, hayatilah erti pengorbanan sebenar di sebalik ibadah korban semata-mata. Sesungguhnya kita mestilah berwaspada agar kata2 kita, perbuatan kita yang mungkin menyebabkan org lain terasa harus lah turut dikorbankan sebagai kesungguhan kita bermasyarakat.

Kata itu bahasa, bahasa jiwa bangsa

Oleh itu, saya mengajak agar Komuniti cakna akan keperluan sekitar kita. Komuniti harus berkorban sedikit perasaan dan jiwa untuk penambahbaikan diri. Disiplin tertentu yang ada bukan untuk menekan komuniti, tapi membawa komuniti ke satu level yg lebih baik lagi. Berkorban dengan berjalan kaki ke tong sampah sebagai jihad jasmani daripada membuang sampah kereta di parkir luar atau di dalam yang menyebabkan kewujudan nyamuk aedes yang mendatangkan mudarat.

Kita juga harus berkorban dengan memahami isu masyarakat setempat, 40 jiran kiri, kanan, atas dan bawah dan membantu dengan selayaknya mengikut kemampuan kita. Bagi mereka yang pulang ke kampung masing-masing, memandulah dengan berhemah dan berhati-hatilah di jalanraya.

Akhir kata, saya bagi pihak diri ini, seluruh AJK Surau Al-Ikhwan dan seisi keluarga, dengan nawaitu murni lagi penuh tawaduk di hati, menyusun rapi sepuluh jari, memohon ampun serta kemaafan, atas sebarang kesalahan dan kekhilafan, zahir mahupun batin.Salam Aidiladha

Ahmad Yani b. Ahmad Ridzuan
Pengerusi
Surau Al-Ikhwan
Sesi 2020-2022

10 Zulhijjah 1441H


Salam Aidil Adha 1441H

Rabu, Julai 22, 2020

Pembersihan Karpet Surau

Rabu, Julai 15, 2020

Jom ke Surau Al-Ikhwan

Rabu, Julai 08, 2020

SOP untuk pengunjung Surau Al-Ikhwan

Selasa, Julai 07, 2020

Fasa-fasa dalam Bukit Bandaraya


Jumaat, Julai 03, 2020

Kelas Pengajian: Julai 2020

Rabu, Julai 01, 2020

Kenyataan akhbar DYMM Sultan Selangor - 1 Julai 2020