Rabu, April 29, 2020

JMB dan Komuniti


29 Apr 2020, 0950hrs:
*PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT JMB SERI NUANG*

JMB Seri Nuang sentiasa prihatin terhadap isu-isu semasa melibatkan keselamatan penduduk.

Namun demikian terdapat beberapa perkara yang melampaui bidang kuasa JMB seperti hal-hal keselamatan dan sekeliling yang berlaku di luar kawasan Apartmen Seri Nuang. Namun demikian, tindakan proaktif sentiasa diambil selangkah ke hadapan dengan menjalinkan hubungan dua hala yang efektif bersama pihak berkuasa berkaitan.

Justeru, pihak JMB ingin menasihatkan kepada semua penduduk untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat isu melibatkan keselamatan sama ada daripada aspek jenayah atau sebagainya bagi tujuan tindakan pihak tersebut.

JMB Seri Nuang juga suka untuk menyarankan, agar penduduk bermuafakat dalam mengatasi isu-isu semasa yang melibatkan banyak perkara termasuk keselamatan di dalam dan luar kawasan Seri Nuang.

Terima kasih.

Tel/WA: 013-648 2832
http://serinuang.blogspot.com

Isnin, April 27, 2020

Sumbangan Buah Kurma

27 April 2020: ADUN Kota Anggerik, YB Najwan Halimi menyerahkan sumbangan buah kurma sempena Ramadhan kepada Pengerusi Surau Al-Ikhwan, Saudara Ahmad Yani untuk diedarkan kepada penduduk Seri Nuang. 

Khamis, April 23, 2020

Salam Ramadhan Seri Nuang

Rabu, April 22, 2020

Sumbangan Face Mask

22 April 2020, 1130hrs:
*SUMBANGAN FACE MASK*
Sukacitanya dimaklumkan bahawa ADUN Kota Anggerik telah memberi sumbangan face mask kepada semua penduduk Bukit Bandaraya melalui Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam. Oleh itu, bagi Apartment Seri Nuang, setiap rumah diperuntukkan sebanyak dua (2) keping. Face Mask ini boleh diambil di Pos Pengawal Keselamatan Apartment Seri Nuang. Diharapkan ianya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk Seri Nuang. Terima kasih.

http://serinuang.blogspot.com
www.facebook.com/komuniti.serinuang 

Isnin, April 13, 2020

Makluman penangguhan aktiviti surau


Jumaat, April 10, 2020

Jom Infaq Online

Khamis, April 09, 2020

Bacaan percuma dari perpustakaan

Sumber: www.ppas.gov.my

Rabu, April 08, 2020

Fenomena Bulan penuh

Kejadian bulan penuh pada jam 4.20 pagi bertarikh 8 Apr 2020
Kredit gambar: FB Rozaiman A Hamid

Jumaat, April 03, 2020

Selangor Tutor

Khas untuk murid-murid sekolah di Selangor semasa PKP
Selangor Tutor
Layari http://selangortutor.com untuk mendaftar
Sumber: Selangorkini

Rabu, April 01, 2020

Jadual pengajian: April 2020

Jadual pengajian untuk bulan April 2020. Ianya tertakluk kepada tempoh PKP.