Jumaat, Oktober 30, 2009

Seri Nuangers at MotoGP Sepang 2009

Pada hari Ahad lepas (25 Okt 2009), wakil-wakil dari Seri Nuang telah berkunjung ke Litar Sepang untuk menyaksikan MotoGP 2009. Mereka adalah Taib, Zidan, Zul and Ajib. Mereka telah membuat liputan mengenai perkembangan perlumbaan di sana. Good job boys




Badminton game this Sunday

To all Seri Nuangers,

Ada badminton game la Sunday nie (1 Nov 2009) jam 9 pm di Dewan MBSA Seksyen 6. Yuran kita kenakan sebanyak RM 5.00 sahaja. Tadak mahal punya la.

Urusan pendaftaran sila berhubung dengan Saudara Hisham di talian 012-655 6769.

Badminton menyihatkan tubuh badan kita.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Seri Nuang dalam Sinar Harian

Tahniah kepada semua Tenaga Kerja yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.

Selasa, Oktober 20, 2009

Sekitar Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2009

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang berjaya dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang yang diterajui oleh En. Zaini Hassan. Malam itu juga telah diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Kota Anggerik, YB Tuan Haji Yaakob Sapari. Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan. Syabas kepada semua AJK yang bertugas.









Khamis, Oktober 15, 2009

Jamuan Aidil Fitri Seri Nuang 2009

Khamis, Oktober 08, 2009

Raya-raya Seri Nuang part 2

Sukacita dimaklumkan bahwa berikut adalah senarai open house pada minggu ni:

9 Oktober 2009:
1. Rozaiman (2-2-7) - Lepas Isyak
2. Zahidan (2-G-2) - Lepas Isyak

10 Oktober 2009:
1. Shaharum (2-1-6) - Lepas Zohor
2. Samad (2-1-13) - Marhaban lepas isyak
3. Surau Seksyen 8 - Lepas Isyak
4. Hisham (2-4-14) - 3.00pm onwards
5. Sufian Kuantan (2-4-13) - 4.00pm onwards
6. Jai Caterer (2-5-7) - 2-6pm

11 Oktober 2009:
1. YB Haji Yaakob Sapari, Sek. 9 - 10.00am onwards
2. Azli (2-2-8) - 4.00pm onwards
3. Fairus (2-1-10) - Lepas isyak

Mari kita terjah ramai-ramai!!!!

Isnin, Oktober 05, 2009

Latihan Live Band & Nasyid

Sempena Jamuan Aidil Fitri yang akan diadakan pada 17 Oktober 2009 ini, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan persembahan pada malam itu. Oleh itu, mintak kawan-kawan semua turun untuk sesi latihan "Live Band" dan "Nasyid Kanak-kanak".

Sesi latihan ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa: 11 pagi (waktu Malaysia)
Tempat: Dewan Serbaguna Seri Nuang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdra Zaini: 017-256 4221

Latihan Nasyid akan diterajui oleh Kak Jue dan Kak Izan.

Kenduri Tahlil arwah Mak Cik Taib

Pada 3 Oktober yang lalu,

Saudara Taib dan adik-beradiknya telah menganjrka satu majlis kenduri arwah serta tahlil di Kuarters Batu 12, Puchong selepas sembahyang Isyak.

Wakil-wakil dari Seri Nuang yang telah ke sana terdiri daripada: Tuan Zaini, Sdra Fairus, Sdra Nandre, Ustaz Fadzli, Kak Jue dan anak.

Alhamdulillah dah selamat. Kepada Cik Taib, terima kaseh diucapkan.

Raya-raya at Seri Nuang Part 1

30 September, 3 & 4 Oktober:

Rakan-rakan Seri Nuang buat ziarah raya ke rumah kawan-kawan kita:

Cikgu Shazli, Zul, Abg Zaini, Khalid, Razak, Razif, Ustaz Fadzli, Tuan Samad, Yob Taib, Yusman.

Nampak gayanya sambutan baraan ke rumah-rumah tahun nie lebeh meriah dari tahun lepas. Alhamdulillah semangat kejiranan ini telah membuahkan hasil yang memberansangkan.

Minggu depan ada lagi program nie...