Memaparkan catatan dengan label Seri Nuang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seri Nuang. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 12, 2026

Nasihat Kepada Perokok di Seri Nuang

 

Nasihat kepada perokok yang suka membuang putung rokok merata-rata:

Merokok adalah pilihan peribadi, tetapi membuang putung rokok sesuka hati memberi kesan kepada orang lain dan alam sekitar. Putung rokok bukan sahaja mencemarkan pemandangan, malah boleh menyumbat saliran, mencemarkan sungai dan laut, serta membahayakan hidupan liar. Dalam keadaan cuaca panas dan kering, putung rokok yang masih berbara juga boleh menjadi punca kebakaran.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, buanglah putung rokok ke dalam bekas sampah atau bekas khas yang disediakan. Tindakan kecil ini mencerminkan nilai sivik, menghormati kemudahan awam, dan menunjukkan keprihatinan terhadap kebersihan persekitaran. Ingatlah, seorang yang berhemah bukan hanya menjaga tingkah laku ketika bersama orang lain, tetapi juga menjaga kesan tindakannya terhadap masyarakat dan alam sekitar.

"Jangan biarkan putung rokok menjadi legasi anda. Tinggalkan kebersihan, bukan pencemaran."

Selasa, Ogos 18, 2026

Gotong-royong Luar Seri Nuang

 

PROGRAM GOTONG-ROYONG PANGSAPURI SERI NUANG 

Surau Al-Ikhwan Pangsapuri Seri Nuang bercadang untuk mengadakan program gotong-royong pembersihan di perkarangan luar pangsapuri sebelum menyambut Hari Merdeka 2026.

Tujuan Utama:

Mengatasi isu keselamatan berikutan kekerapan kemunculan haiwan berbisa seperti ular dan nyamuk Aedes dari kawasan hutan sekunder di bahagian luar tempat letak kereta.

Tarikh:  23 Ogos 2026 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi

Kawasan Fokus:

1) Laluan Luar Seri Nuang

2) Parkir Luar Seri Nuang

Dijemput semua penduduk yang berkelapangan untuk sama-sama memberi khidmat komuniti & menjaga kebersihan 'Kampung' kita.

"KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN"

*Sarapan pagi disediakan

Jumaat, Julai 31, 2026

Pengajian Ilmu Bulan Ogos 2026

 

Janaan Powerpoint dan AI

Isnin, Julai 27, 2026

Acara Fun Walk BBSA


Semasa Program Fun Walk BBSA pada 26 Julai 2026, ada dua orang wakil dari Seri Nuang yang menyertai acara ini. Acara ini dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, diikuti pula dengan ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk BBSA, Haji Hasnor. Kemudian disambung dengan ucapan Pengerusi MPP Zon 4, En Vincent Chow. Sebelum peserta memulakan jalan, diadakan juga aktiviti regangan badan yang dipimpin oleh Saudara Shahriman.

Sesudah tamat acara jalan, ada sedikit jamuan untuk para peserta dan dihiburkan oleh Haji Din dengan lagu-lagu 60an.
26 Julai 2026

Jumaat, Mei 22, 2026

Seri Nuang dan Langit Biru

 


Khamis, Mei 21, 2026

Selamat Datang kepada Penghuni Baharu

 

Selasa, Mei 05, 2026

Seri Nuang Dari Kejauhan

 


Seri Nuang dari kejauhan di Seksyen 8 

Selasa, April 28, 2026

Encik Maran dan Seri Nuang


Berita dukacita mengenai Encik Maran amat menyentuh hati semua warga Seri Nuang.

Ucapan Takziah untuk Encik Maran

Encik Maran, nama yang begitu sinonim dengan Seri Nuang, telah meninggal dunia pada 27 April 2026 ketika sedang bertugas. Kehilangan beliau amat dirasai kerana sepanjang hayatnya, beliau seorang yang berdedikasi, berdisiplin, dan sentiasa komited menjaga keselamatan kawasan ini.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Seri Nuang, rajin meronda dan cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu serta Inggeris. Walaupun pernah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, semangat beliau untuk kembali bertugas tetap ada, meskipun kesihatannya tidak sekuat dahulu.

Ramai di antara kita pasti teringat akan kelibat beliau di hadapan pondok pengawal, menunggu kenderaan untuk ke tempat kerja. Kita juga tidak akan lupa suara lantang beliau menegur anak-anak yang bermain mercun di taman berhadapan biliknya. Semua itu kini tinggal kenangan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan Encik Maran dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan Seri Nuang. Semoga roh beliau aman di sana.

#SeriNuang #RumahKitaKampungKita

Ahad, April 26, 2026

Seri Nuang langit Biru


Seri Nuang kita smart untuk dijadikan sebagai latar belakang. Chuma dinding luarnya perlu diberikan baju baharu.

Selasa, Februari 24, 2026

Seri Nuang: Tenang dan Damai

 

Rabu, Oktober 01, 2025

Jadual Majlis Ilmu: Oktober 2025

 

Ahad, September 28, 2025

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat BBSA

Pasukan Seri Nuang semasa Perarakan maulidur Rasul peringkat Bukit Bandaraya Shah Alam pada 28 Sept 2025. Perarakan bermula dari Dewan Orang Asal dan berakhir di Surau At-Taqwa. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai. Anda terbaik. 

Rabu, September 10, 2025

Kelas Mengaji Al-Quran di Seri Nuang

 

Kelas Mengaji Al-Quran telah dimulakan pada 2 Sept 2025. Kelas diadakan pada hari selasa, rabu dan khamis. Waktunya adalah selepas solat maghrib

Jumaat, Julai 18, 2025

Gotong-Royong - Fun Walk dan Pertandingan Mewarna


Assalamualaikum Komuniti.

Jom Sertai Program Gotong-Royong Komuniti Kita!

Satu program Gotong-Royong akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 20 Julai 2025

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Perkarangan Surau Al-Ikhwan

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk semua peringkat umur:

Fun Walk: Mulakan hari kita dengan aktiviti riadah yang menyihatkan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Gotong Royong: Bersama- sama kita berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran kita. Bawa anak2 kita yang besar join sekali.  Bak kata pepatah, "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."

Pertandingan Mewarna: Bawa anak-anak kita (bawah 12 tahun) untuk menyertai pertandingan mewarna yang menyeronokkan dan biarkan kreativiti mereka menyerlah!

Program ini adalah peluang terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kejiranan, dan menjaga kebersihan serta keindahan persekitaran tempat tinggal kita.

Jom!

#RumahKitaKampungKita

Khamis, Mei 22, 2025

Penambahan Bumbung Surau

Bumbung luar Surau Al-Ikhwan telah dibuat penambahan bagi mengelakkan tempias akibat hujan. Malah dengan penambahan atap ini mewujudkan ruang bagi pejalan kaki untuk lalu dari Blok 2 ke Blok 1 dan sebaliknya. Semoga ianya bermanfaat bagi penduduk di Seri Nuang.

Jumaat, Mei 02, 2025

Ziarah Tuan Haji Rozaiman A Hamid


Terima kasih kepada wakil Surau Al-Ikhwan, Saudara Adnan dan Saudara Hisham yang telah pergi menziarah jiran kita, Tuan Haji Rozaiman (Blok 2) yang baru keluar daripada hospital akibat sakit saraf (Guillain–Barré syndrome) semenjak bulan Januari yang lalu. Buat masa ini, beliau berada di rumah emaknya di Seksyen 11, Shah Alam. Beliau juga tidak berupaya untuk bekerja buat masa sekarang.

Mari kita sama-sama mendoakan agar Tuan Haji Rozaiman segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan keluarga beliau.
1 Mei 2025

Rabu, April 16, 2025

Program Rewang Raya 2025


Salam Komuniti Seri Nuang!

Jemput semua jiran-jiran Seri Nuang untuk memeriahkan Program Rewang Raya 2025!
Tarikh: 19 April 2025 (Sabtu)
Aturcara:
8.30 pagi – Aktiviti rewang (masak ramai-ramai)
1.00 petang - Jamuan Makan
1.15 petang – Adzan Zohor dan solat berjemaah di surau
Tema Pakaian:
1. Pagi (Rewang): Baju pagoda / santai
2. Tengah hari (Jamuan): Baju Raya paling cun!
Lokasi: Surau Al-Ikhwan
Backdrop bergambar akan disediakan oleh pihak surau. Boleh la abadikan kenangan bersama!
Potluck daripada jiran-jiran juga dialu-alukan!
Dan mari kita eratkan silaturahim, raikan Syawal dengan penuh ceria dan ukhwah!
Jumpa di sana!

Selasa, Februari 25, 2025

Kerja-kerja Membaiki Bumbung Lot Parkir

Kerja-kerja membuka bumbung akibat bumbung parkir tumbang petang semalam sedang dijalankan pada pagi ini oleh pihak JMB.

25 Feb 2025

Isnin, Februari 24, 2025

Bumbung Lot Parkir Tumbang


Makluman Ribut di Seksyen U11

24 Feb 2025
Petang tadi sekitar jam 5.30 berlaku kejadian ribut berserta hujan di Sek U11. Di Seri Nuang, ribut telah mengakibatkan kejadian bumbung parkir runtuh. Terdapat tiga buah kereta terperangkap.

Khamis, Februari 20, 2025

Imbas Kembali: Flyer Iklan Promosi Pangsapuri Seri Nuang

Inilah rupa iklan semasa jualan Pangsapuri Seri Nuang pada tahun 2006 yang lalu. Kalau ikutkan, jualannya sudah dimulakan pada tahun 2004. 

Terdapat 4 jenis keluasan yang disediakan kepada pembeli