Hari ini Saudara Nabil dari Hijrah Water datang ke Surau Al-Ikhwan bagi kerja-kerja servis penapis air Hijrah Water yang terdapat di perkarangan surau bagi kegunaan para penduduk. Mesin penapis air ini merupakan mesin yang diwakafkan oleh individu pada tahun 2023 kepada surau. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
Rabu, Jun 24, 2026
Servis Mesin Air Hijrah Water
Hari ini Saudara Nabil dari Hijrah Water datang ke Surau Al-Ikhwan bagi kerja-kerja servis penapis air Hijrah Water yang terdapat di perkarangan surau bagi kegunaan para penduduk. Mesin penapis air ini merupakan mesin yang diwakafkan oleh individu pada tahun 2023 kepada surau. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
Selasa, Jun 16, 2026
Salam Maal Hijrah 1448H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sempena dengan kedatangan Maal Hijrah 1448 ini, marilah kita
hayati makna sebuah Hijrah. Hijrah bukan sekadar peristiwa perpindahan
Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, tetapi ia adalah simbol perubahan,
pengorbanan, dan pembinaan tamadun Islam yang unggul.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita mengambil iktibar
bahawa setiap insan perlu melakukan hijrah diri – daripada sifat malas
kepada rajin, daripada lalai kepada taat, dan daripada keburukan kepada
kebaikan. Hijrah juga mengajar kita tentang pentingnya persaudaraan,
kerana di Madinah, kaum Muhajirin dan Ansar saling membantu membina masyarakat
yang harmoni.
Surau Al-Ikhwan menyeru agar kita menjadikan tahun baru ini
sebagai titik permulaan untuk memperkukuh iman, memperbaiki akhlak, dan
mempererat ukhuwah sesama jemaah. Semoga hijrah kita pada tahun ini bukan hanya
pada nama, tetapi benar-benar membawa perubahan yang mendekatkan kita kepada
Allah SWT.
Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah
memberkati perjalanan hidup kita, mengampuni dosa-dosa kita, dan menjadikan
kita umat yang sentiasa istiqamah dalam menegakkan agama-Nya.
Pangsapuri Seri Nuang
Bukit Bandaraya, Seksyen U11
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Sabtu, Jun 13, 2026
Kem Bestari Solat
Hari ini berlangsung Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh Surau Al-Ikhwan. Ada seramai 65 orang anak-anak yang menyertai program ini. Terima kasih kepada yang telah mendaftar dan semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada Ustaz Puaad Osman yang mengendalikan pada pagi ini.











