Jumaat, Disember 25, 2020

Majlis Token Penghargaan dan Salam Jumaat MPP Zon 4


Majlis Token Penghargaan dan Salam Jumaat MPP Zon 4

25 Dis 2020
Dr Siti Sarah, Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4 telah menyampaikan cenderahati kepada AJK Surau Al-Ikhwan atas sumbangan khidmat bakti bagi semua program yang telah dianjurkan oleh MPP Zon 4.
Nota: Gambar menunjukkan Dr Siti Sarah menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Surau, En Ahmad Yani dan Timbalan Pengerusi, En Husnul Naimi bagi mewakili barisan AJK Surau Al-Ikhwan. Turut hadir ialah En Shamsul, En Khairul Hisham, En Suhaimi dan En Zahidan.

Ahad, Disember 20, 2020

Grup WhatsApp Komuniti Seri Nuang



Sabtu, Disember 19, 2020

Gangguan Bekalan Air Blok 1



Isnin, Disember 14, 2020

Undian Lot Parkir Sewa untuk tahun 2021 (Ulangan)



Isnin, November 23, 2020

Hari Undian Parkir Lot Sewa Seri Nuang

 

Selasa, November 17, 2020

Hari Undi Lot parkir Sewa bagi tahun 2021


Pekerja Teknikal diperlukan

Isnin, November 09, 2020

Wakaf Surau Al-Ikhwan tahun 2020


As Salam.
Surau Al-Ikhwan sedang mencari dana wakaf untuk pembangunan Surau.
Antara yang terpenting menghubungkan jemaah Bangunan Blok 1 ke Surau Al Ikhwan.
Kepada yang berminat berwakaf bolehlah membuat sumbangan tersebut dengan menyatakan "WAKAF SURAU" apabila membuat transaksi online account Bank Islam
12038010102222 atas nama Surau Al-Ikhwan
Boleh lah juga KONGSI untuk sama-sama mendapat manfaatnya sebagai saksi kepada wakaf ini
Percayalah, tak perlu banyak wang untuk bersedeqah atau berwakaf.
Semoga segala usaha kita ini akan diterima oleh Allah SWT.
 
Segala wakaf bolehlah dimaklumkan kepada nombor-nombor telefon yang tertera di dalam poster di atas untuk tujuan rekod pihak surau.

Isnin, November 02, 2020

Permohonan Parkir Sewa Seri Nuang bagi tahun 2021

Ahad, November 01, 2020

Jadual Pengajian Surau: Nov 2020

 

Isnin, Oktober 19, 2020

Paip BOMBA

Pasukan Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah datang ke Seri Nuang untuk membuat pemeriksaan terhadap paip-paip bomba yang terdapat di dalam kawasan Seri Nuang ini. Pasukan ini juga telah mengecat semula paip-paip tersebut dengan warna merah kerana catnya sudah kabur. 

 

Rabu, Oktober 14, 2020

Taman Permainan Seri Nuang ditutup Sementara (14-27 Okt 2020)


Surau Ditutup Sementara (14-27 Okt 2020)

Selasa, Oktober 13, 2020

Operasi Sarang Tebuan

 

Rabu, Oktober 07, 2020

Sekitar Majlis Ilmu bersama Ustaz Ahmad Dusuki (6 Okt 2020)

Isnin, Oktober 05, 2020

Trip Seri Nuang ke Tasik Kenyir

Sabtu, Oktober 03, 2020

Proses Banci di Seri Nuang

Jumaat, Oktober 02, 2020

Jadual Pengajian Agama - Oktober 2020

Khamis, Oktober 01, 2020

Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

Isnin, September 28, 2020

Sekitar Program Gotong-Royong (26/9/2020)

Khamis, September 24, 2020

Kejadian Pokok Tumbang

 

Rabu, September 23, 2020

Aktiviti Komuniti - Jom Gotong-royong


 

Pembaikan dan Pengubahsuaian Rumah


 

Khamis, September 17, 2020

Misi Menyelamat Lebah

 

Misi Menyelamat Lebah

17 Sept 2020

Anggota dari MY Bee Savior – Persatuan Penyelamat lebah Malaysia sedang menjalankan kerja-kerja menyelamatkan lebah daripada tempat ianya bersarang di dalam kawasan Seri Nuang. Kepada mana-mana tempat yang mempunyai sarang lebah, boleh menghubungi persatuan ini bagi misi menyelamat.

#selamatkanlebah

#mybeesavior

#persatuanpenyelamatlebahmalaysia

Khamis, September 10, 2020

Maklumat Penting Untuk Penduduk (Keselamatan)

Isnin, September 07, 2020

Muafakat Penduduk

Bila kita tinggal dalam sesebuah komuniti, kita patutlah kenal antara satu sama lain supaya ianya dapat mewujudkan satu semangat ukhwah. Sesebuah komuniti yang baik dan harmoni mesti ada sikap suka keal akan jiran-jiran. Ini penting bagi memastikan ada hubungan silaturrahim yang akan memberi manfaat kepada ahli komuniti itu sendiri. Fasiliti yang disediakan dalam sesebuah komuniti dapat membantu ke arah sebuah komuniti yang sihat dan sejahtera. Surau juga salah satu tempat di mana ahli-ahli dapat berkumpul bertanya khabar sesama kita sambil mengerjakan ibadah. Sertailah apa-apa program yang dianjurkan seperti kelas pengajian agama, kuliah atau ceramah dan lain-lain. Dalam sesebuah komuniti juga perlu ada persatuan penduduk yang berperanan dalam menguruskan hal-hal keselamatan, sosial dan tidak ketinggalan juga peluang menjana pendapatan tambahan kepada ahli komuniti. 

Gambar-gambar di atas adalah satu perjumpaan tidak rasmi  pada 7 Sept 2020 yang diinisiatifkan oleh JMB Seri Nuang bagi berbincang mengenai hal-hal keselamatan yang boleh dilaksanakan demi menjaga keselamatan dan keharmnian di Seri Nuang ini. Setiap orang dalam komuniti ada peranan masing-masing bagi membantu dan menambahbaik keadaan di Seri Nuang. 

Mari sama-sama berganding bahu bagi memastikan Seri Nuang ini dijaga dengan baik. Ingat tagline kita "Rumah Kita... Kampung Kita". Hanya penduduk Seri Nuang sahaja yang sebetulnya dapat menjaga Seri Nuang. 

Sembang Santai oleh Ustaz Mohammad Rozie (6/9/2020)

Rabu, September 02, 2020

Kuliah Maghrib; Ustaz Mohammad Rozie

Selasa, September 01, 2020

kelas pengajian bulan September 2020

Ahad, Ogos 30, 2020

Hari Kebangsaan 63 & Hari Malaysia 2020

Ahad, Ogos 23, 2020

Penyerahan Jalur Gemilang 2020

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4 (Sek. U11 & U12), Dr Siti Sarah Izham kepada wakil Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam pada 22 Ogos 2020.