Sabtu, Oktober 27, 2012

Lawatan akademik ke JMB Komuter Raya, Seksyen 19

Pada 20 Okt 2012 yang lalu, beberapa orang AJK JMB Seri Nuang telah mengadakan satu lagi lawatan akademik ke JMB Komuter Raya di Seksyen 19, Shah Alam. Pangsapuri yang dimaksudkan ini adalah terletak bersebelahan dengan Stesen Komuter Shah Alam. Lawatan telah bermula jam 10.00 pagi dengan disambut oleh Pengerusi JMB Komuter Raya, En Rosli Chik Mat. Kemudian kami telah dibawa ke dewan serbaguna untuk sesi taklimat dan perbincangan. Sejurus selepas itu, kami dibawa melihat tempat menyimpan minyak masak recycle yang mana mereka menjalankan projek recycle minyak masak. Kedai runcit dan dewan besar juga menjadi tumpuan utama semasa lawatan tersebut. Akhir sekali, kami melihat beberapa perkara yang boleh digunapakai di Seri Nuang. Lawatan berakhir jam 1.30 petang.

Ahad, Oktober 21, 2012

Kerja-kerja semasa membaiki kerosakan tangki

Gambar-gambar semasa kerja-kerja membaiki tangki air:

Selasa, Oktober 16, 2012

Makluman kerja-kerja membaiki tangki air di Blok 2


Rabu, Oktober 10, 2012

JMB Seri Nuang sediakan kemudahan Wheelchair

Ini merupakan satu kemudahan baru yang disediakan oleh pihak JMB Seri Nuang bagi kegunaan semua penduduk Seri Nuang yang memerlukannya. Jika ada mana-mana yang memerlukannya, sila hubungi pejabat JMB Seri Nuang (sebelah Surau Al-Ikhwan) di talian yang tertera dalam poster di atas.

Ahad, Oktober 07, 2012

Tabung surau dikopak

Inilah keadaan tabung surau yang telah dikopak oleh individu yang tidak diketahui identitinya sama ada orang dewasa atau golongan yang lebih muda. kebetulan beberapa minggu sebelum kejadian, duit sumbangan yang ada di dalam tabung ini telah dibawa keluar oleh Bendahari Surau Al-Ikhwan dan dimasukkan ke dalam akaun bank di Bank Islam. Ini merupakan kejadian yang pertama kali terjadi ke atas tabung surau. Pihak AJK Surau Al-Ikhwan memandang serius dengan kejadian ini.

Pihak AJK juga memohon doa agar individu yang melakukan kerja ini akan insaf dan menyesali akan perbuatan di rumah ibadah ini. Wallahualam.

Tournament Takraw

Tournament Takraw 2012 pagi tadi telah dimenangi oleh Regu Taib & the Gang. Tahniah kepada regu beliau. Semoga dapat kekalkan kejuaraan pada tahun 2013.