Isnin, Ogos 31, 2026

Al-Fatihah: Hasnizawati Senik (1976-2026)

Assalamualaikum w.b.t.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
PENGUMUMAN KEMATIAN
Dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah Puan Hasnizawati binti Senik, Isteri kepada En SAHABUDDIN ABDULLAH (Unit 2-5-1) pada 31 Ogos 2026, jam 6.50 pagi.

Arwah dimandikan dan disembahyangkan di Surau At-Taqwa, Bukit Bandaraya, Seksyen U11 dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21.
Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan arwah, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal solehah.
Semoga keluarga arwah dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.
Bacakan Al-Fatihah untuk arwah.


Isnin, Ogos 24, 2026

Semarak Kibaran Jalur Gemilang

 

Para penduduk telah bekerjsama memasang Jalur Gemilang di beberapa lokasi dalam komuniti

Ahad, Ogos 23, 2026

Sekitar Gotong-Royong Luar Komuniti (23 Ogos 2026)

 

Ahli Majlis MPP Zon 4, En Vincent Chow menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi Surau Al-Ikhwan, En Ahmad Yani 

Selasa, Ogos 18, 2026

Gotong-royong Luar Seri Nuang

 

PROGRAM GOTONG-ROYONG PANGSAPURI SERI NUANG 

Surau Al-Ikhwan Pangsapuri Seri Nuang bercadang untuk mengadakan program gotong-royong pembersihan di perkarangan luar pangsapuri sebelum menyambut Hari Merdeka 2026.

Tujuan Utama:

Mengatasi isu keselamatan berikutan kekerapan kemunculan haiwan berbisa seperti ular dan nyamuk Aedes dari kawasan hutan sekunder di bahagian luar tempat letak kereta.

Tarikh:  23 Ogos 2026 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi

Kawasan Fokus:

1) Laluan Luar Seri Nuang

2) Parkir Luar Seri Nuang

Dijemput semua penduduk yang berkelapangan untuk sama-sama memberi khidmat komuniti & menjaga kebersihan 'Kampung' kita.

"KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN"

*Sarapan pagi disediakan