Rabu, Mac 31, 2021

Perlawanan Bolasepak Persahabatan

 

Perlawanan Bolasepak Persahabatan, Seri Nuang menang!!

Pasukan bolasepak Seri Nuang telah menyahut cabaran dari pasukan bolasepak Seksyen 6 untuk satu perlawanan bolasepak persahabatan yang telah berlangsung pada 31 Mac 2021 (Rabu) di padang Seksyen 6 pagi ini. Walaupun ahli pasukan Seri Nuang ni kecil-kecil saja, Alhamdulillah, pasukan Seri Nuang telah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 7-2. Tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan. Kita nantikan perlawanan seterusnya nanti.

#SeriNuangadateambolasepak

#SeriNuangberjaya

Selasa, Mac 23, 2021

Bunga Matahari di Kebun Komuniti

Bunga Matahari kembang segar di Kebun Komuniti Seri Nuang. 
 

Ahad, Mac 21, 2021

Waktu Operasi Pejabat JMB Seri Nuang


Sabtu, Mac 13, 2021

Projek Bumbung Surau Siap

 

12 Mac 2021

Tiang bumbung laluan tepi surau telah disimenkan supaya nampak kemas. Projek wakaf bumbung surau sudah siap sepenuhnya. Seterusnya fasa untuk memasang lampu dan kipas.

Sumbangan wakaf masih boleh dibuat menerusi akaun bank:

120-380-101-02222 (Bank Islam)

Surau Al-Ikhwan

Ref: Wakaf Surau

#suraualikhwan

#sahamakhirat

Ahad, Mac 07, 2021

Hasil petikan dari Kebun Komuniti Seri Nuang

 

Sabtu, Mac 06, 2021

Pelancaran Baju Rasmi 'PENGAIL Surau Al-Ikhwan'

 


Khamis, Mac 04, 2021

Projek Bumbung Surau Hampir Siap

 

Projek Wakaf Bumbung Surau Fasa 1 sudah mencapai 97% kemajuan. Ini ada kerja-kerja pengemasan setakat 3 Mac 2021. Sumbangan wakaf masih lagi dibuka kepada orang ramai.
Nama akaun: Surau Al-Ikhwan
Nama bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 120-380-101-02222
Rujukan: Wakaf Surau

Kebun Komuniti Seri Nuang

 


KEBUN KOMUNITI SERI NUANG
Alhamdulillah kebun komuniti hasil usaha dan kerjasama Geng Wanita Seri Nuang telah menampakkan hasilnya. Kebun ini terletak di bahagian belakang stor nombor 2. Sesiapa yang ingin turut serta mengusahakan tanaman adalah dialu-alukan di samping memupuk Silaturrahim sesama penduduk.

Isnin, Mac 01, 2021

Jadual Pengajian bulan Mac 2021