Khamis, Oktober 01, 2026
Selasa, September 29, 2026
Khamis, September 24, 2026
Sesi Latihan Le Tour de Langkawi 2026
Rabu, September 23, 2026
Akaun tinggal RM33, bekas CEO bangkit jual nasi lemak
Harian Metro – 23 Sept 2026
Shah Alam: "Mulanya memang ada rasa malu nak berdepan
adik-beradik, saudara-mara dan kakitangan. Tapi, mengenangkan saya pun datang
daripada jualan langsung, perasaan malu itu hilang terutama bila ramai kawan
dan pemilik perniagaan lain datang beli tanda sokongan."
Itu kata Ade Azhar Ismail atau Ade yang hampir 16 tahun
bergelar usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pengedar
dengan pendapatan mencecah lima angka, namun kini menjual nasi lemak di tepi
jalan. Menceritakan kisahnya, Ade berkata, dia mula menjual nasi lemak secara
jualan but kereta sejak lebih dua bulan lalu dan mengambil langkah itu selepas
syarikat beroperasi dalam defisit akibat masalah kewangan yang dihadapi sejak
pertengahan tahun lalu.
Sehingga satu tahap, wang dalam akaun bank simpanannya
berbaki RM33 dan titik terendah itu yang menjadi asbab dia keluar daripada zon
selesa dengan kembali berniaga di jalanan seperti ketika fasa awal menceburi
dunia perniagaan.
"Saya tak pernah bekerja makan gaji kerana sudah
berniaga sendiri secara jualan langsung dengan menjual mainan. Sejak 2009, saya
bergelar CEO syarikat sendiri yang menjadi pengedar pewangi udara, buku cerita,
buku kanak-kanak, bacaan ilmiah dan sirah Nabi. Saya pernah ada 60 kakitangan
sebelum ini, namun hanya 14 yang masih setia kerana yang lain kebanyakannya Gen
Z berhenti kerana tidak berminat lagi dalam bidang jualan langsung.
"Ia menyebabkan saya kehilangan pasukan jualan dan ada
rakan kongsi yang tidak lagi bersama, jadi ia memberi kesan kepada syarikat. Sekarang,
syarikat dan kakitangan masih ada, tapi saya ambil keputusan tidak mengambil
gaji sebaliknya keluar berniaga dengan menjadikan jualan nasi lemak sebagai
modul perniagaan yang baharu. Hasil jualan itu yang menjadi pendapatan saya dan
selebihnya untuk syarikat," katanya ketika ditemui Harian Metro di tapak
jualan, dekat Seksyen 9, di sini.
Menurut Ade, keluarga termasuk isteri tidak tahu kepayahan
dilaluinya kerana dia enggan bercerita dan mereka hanya tahu pada hari ke-15. Bapa
seorang anak itu berkata, isterinya tidak tahu-menahu kerana dia tidak
menyediakan nasi lemak berkenaan sebaliknya mengambil bekalan daripada saudara
jauh. Menurut Ade, dia menjual nasi lemak kerana nampak ada peluang dan tidak
sangka percubaannya berhasil terutama selepas videonya tular di media sosial.
"Hari pertama saya bawa 30 bungkus dan rasa patah
semangat dan macam loser juga waktu nak mulakan pada awalnya. Tapi, bila
orang datang beli jadi semangat dan bersyukur kerana nasi lemak habis terjual
pada hari pertama.
"Sejak itu, saya teruskan dan keuntungan bulan pertama
saja mencecah RM9,000. Jadi, saya teruskan dan pada hari ke-53, saya mula
merekrut pekerja sehingga dapat buka jualan but kereta di lima lagi kawasan. Sekarang,
saya dan kakitangan berniaga pada sebelah pagi sampai malam dengan membawa
sehingga 1,200 bungkus nasi lemak sehari.
"Waktu jualan ada dua syif iaitu bermula jam 8.30 pagi
dan yang kedua daripada jam 5 petang hingga jualan habis," katanya.
Ade berkata, sebagai peniaga jalanan, dia tidak dapat lari
daripada cabaran antaranya perubahan cuaca selain keperluan memenuhi permintaan
yang semakin meningkat.
"Biasalah bila berniaga di tempat terbuka, kena
bersedia kerana ada hari hujan cuma saya bersyukur kerana sejak hari pertama
sampai hari ke-81 hari ini, jualan tak pernah tak habis. Memang penat, tapi
seronok dapat berjumpa pelanggan kerana ada yang datang dari jauh.
"Jadi, bagi yang senasib dengan saya, buang rasa malu
dan ego... cari jalan keluar daripada masalah. Percayalah, rezeki Allah SWT itu
luas dan mulakan dengan pengalaman serta apa yang kita ada. Jangan takut untuk
mulakan dan Insya-Allah, kita dapat bangkit dan bina semula apa yang kita
pernah usahakan dulu walaupun daripada bawah," katanya yang menganggap
ujian dihadapi sebagai teguran Ilahi untuk memperbaiki kesilapan lalu.
Sumber: Harian Metro
Khamis, September 17, 2026
Sekitar Mesyuarat Pemilihan AJK Surau 2027-2031
Rabu, September 09, 2026
Jumaat, September 04, 2026
Khamis, September 03, 2026
Rabu, September 02, 2026
Karnival Merdeka BBSA 2026
Dengan sukacitanya PERSATUAN PENDUDUK BUKIT BANDARAYA SHAH ALAM dengan kerjasama MPP ZON 4 akan menganjurkan KARNIVAL MERDEKA PPBBSA 2026!! Banyak aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Jom ramai-ramai memeriahkan karnival.
Tarikh : 16 September 2026
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Dewan Kemboja BBSA
🎪🎪🎪🎪🎪🎪🎪🎪🎪🎪
Aktiviti program :
* Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak
* Persembahan Pancaragam Sekolah
* E-Sports Formula 1
* Pameran Jabatan Bomba Malaysia
* Pameran Polis Di Raja Malaysia
* Pameran Perhilitan
* Pameran Agensi PEMADAM
* Pameran Farmasi Hospital Klang
* Persembahan Buskers
* Car Boot Sale
* Gerai Jualan
Kepada yang berminat untuk membuka gerai jualan atau Car Boot Sale (tapak terhad) sila
whatsapp: www.wasap.my/60123362664/geraijualan
Untuk pendaftaran Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak (7-12 tahun) sila whatsapp
www.wasap.my/601113092563/pakaianberagam
Jom semua warga BBSA kita meriahkan KARNIVAL MERDEKA PPBBSA 2026!
🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊
Selasa, September 01, 2026
Isnin, Ogos 31, 2026
Al-Fatihah: Hasnizawati Senik (1976-2026)
Assalamualaikum w.b.t.
Isnin, Ogos 24, 2026
Ahad, Ogos 23, 2026
Sekitar Gotong-Royong Luar Komuniti (23 Ogos 2026)
Selasa, Ogos 18, 2026
Gotong-royong Luar Seri Nuang
PROGRAM GOTONG-ROYONG PANGSAPURI SERI NUANG
Surau Al-Ikhwan Pangsapuri Seri Nuang bercadang untuk mengadakan program gotong-royong pembersihan di perkarangan luar pangsapuri sebelum menyambut Hari Merdeka 2026.
Tujuan Utama:
Mengatasi isu keselamatan berikutan kekerapan kemunculan haiwan berbisa seperti ular dan nyamuk Aedes dari kawasan hutan sekunder di bahagian luar tempat letak kereta.
Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Kawasan Fokus:
1) Laluan Luar Seri Nuang
2) Parkir Luar Seri Nuang
Dijemput semua penduduk yang berkelapangan untuk sama-sama memberi khidmat komuniti & menjaga kebersihan 'Kampung' kita.
"KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN"
*Sarapan pagi disediakan
Jumaat, Julai 31, 2026
Isnin, Julai 27, 2026
Acara Fun Walk BBSA
Semasa Program Fun Walk BBSA pada 26 Julai 2026, ada dua orang wakil dari Seri Nuang yang menyertai acara ini. Acara ini dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, diikuti pula dengan ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk BBSA, Haji Hasnor. Kemudian disambung dengan ucapan Pengerusi MPP Zon 4, En Vincent Chow. Sebelum peserta memulakan jalan, diadakan juga aktiviti regangan badan yang dipimpin oleh Saudara Shahriman.
Selasa, Julai 14, 2026
Sabtu, Julai 11, 2026
Mesyuarat Agung JMB Seri Nuang 2026 Pada 11 Julai 2026
Rabu, Julai 01, 2026
Rabu, Jun 24, 2026
Servis Mesin Air Hijrah Water
Hari ini Saudara Nabil dari Hijrah Water datang ke Surau Al-Ikhwan bagi kerja-kerja servis penapis air Hijrah Water yang terdapat di perkarangan surau bagi kegunaan para penduduk. Mesin penapis air ini merupakan mesin yang diwakafkan oleh individu pada tahun 2023 kepada surau. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
Selasa, Jun 16, 2026
Salam Maal Hijrah 1448H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sempena dengan kedatangan Maal Hijrah 1448 ini, marilah kita
hayati makna sebuah Hijrah. Hijrah bukan sekadar peristiwa perpindahan
Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, tetapi ia adalah simbol perubahan,
pengorbanan, dan pembinaan tamadun Islam yang unggul.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita mengambil iktibar
bahawa setiap insan perlu melakukan hijrah diri – daripada sifat malas
kepada rajin, daripada lalai kepada taat, dan daripada keburukan kepada
kebaikan. Hijrah juga mengajar kita tentang pentingnya persaudaraan,
kerana di Madinah, kaum Muhajirin dan Ansar saling membantu membina masyarakat
yang harmoni.
Surau Al-Ikhwan menyeru agar kita menjadikan tahun baru ini
sebagai titik permulaan untuk memperkukuh iman, memperbaiki akhlak, dan
mempererat ukhuwah sesama jemaah. Semoga hijrah kita pada tahun ini bukan hanya
pada nama, tetapi benar-benar membawa perubahan yang mendekatkan kita kepada
Allah SWT.
Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah
memberkati perjalanan hidup kita, mengampuni dosa-dosa kita, dan menjadikan
kita umat yang sentiasa istiqamah dalam menegakkan agama-Nya.
Pangsapuri Seri Nuang
Bukit Bandaraya, Seksyen U11
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Sabtu, Jun 13, 2026
Kem Bestari Solat
Hari ini berlangsung Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh Surau Al-Ikhwan. Ada seramai 65 orang anak-anak yang menyertai program ini. Terima kasih kepada yang telah mendaftar dan semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada Ustaz Puaad Osman yang mengendalikan pada pagi ini.





























