Selasa, Mac 17, 2026

Saguhati Buat Peserta Tadarus Quran


Majlis penyampaian saguhati buat peserta Tadarus al-Quran di Surau Al-Ikhwan sempena Ramadan 1447H telah berlangsung dengan penuh kesyukuran dan suasana ukhuwah. Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam mengimarahkan surau melalui bacaan al-Quran sepanjang bulan mulia tersebut. Penyampaian saguhati bukan sahaja menjadi simbol penghormatan atas usaha mereka, tetapi juga sebagai dorongan untuk terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepada al-Quran, sekali gus mengukuhkan semangat kebersamaan dan memperkukuh nilai silaturrahim dalam komuniti Seri Nuang. Ada juga peserta yang tidak dapat hadir atas urusan lain di luar.

17 Mac 2026

Tiada ulasan: