UCAPAN PENGERUSI SURAU
AL-IKHWAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wassalam tu waasalam mualasayidina
muhammad s.a.w.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kepada Muslimin dan Muslimat dalam Komuniti Seri Nuang yang diingati
selalu. Pada kesempatan ini saya ingin
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,
mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman,
sempurna dan penuh kegembiraan. Di kala kemeriahan itu jua, hayatilah erti pengorbanan
sebenar di sebalik ibadah korban semata-mata. Sesungguhnya kita mestilah
berwaspada agar kata2 kita, perbuatan kita yang mungkin menyebabkan org lain
terasa harus lah turut dikorbankan sebagai kesungguhan kita bermasyarakat.
Kata itu bahasa, bahasa jiwa bangsa
Oleh itu, saya mengajak agar Komuniti cakna akan keperluan sekitar kita. Komuniti harus berkorban sedikit perasaan dan jiwa untuk penambahbaikan diri. Disiplin tertentu yang ada bukan untuk menekan komuniti, tapi membawa komuniti ke satu level yg lebih baik lagi. Berkorban dengan berjalan kaki ke tong sampah sebagai jihad jasmani daripada membuang sampah kereta di parkir luar atau di dalam yang menyebabkan kewujudan nyamuk aedes yang mendatangkan mudarat.

Kita juga harus berkorban dengan memahami isu masyarakat setempat, 40
jiran kiri, kanan, atas dan bawah dan membantu dengan selayaknya mengikut
kemampuan kita. Bagi mereka yang pulang ke kampung masing-masing, memandulah
dengan berhemah dan berhati-hatilah di jalanraya.
Akhir kata, saya bagi pihak diri ini, seluruh AJK Surau Al-Ikhwan dan
seisi keluarga, dengan nawaitu murni lagi penuh tawaduk di hati, menyusun rapi
sepuluh jari, memohon ampun serta kemaafan, atas sebarang kesalahan dan
kekhilafan, zahir mahupun batin.Salam Aidiladha
Ahmad Yani b. Ahmad Ridzuan
Pengerusi
Surau Al-Ikhwan
Sesi 2020-2022
10 Zulhijjah 1441H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan