UCAPAN PENGERUSI JMB SERI NUANG
SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1441H
Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke
hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat Iman
dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu
kepada segala nabi dan rasul.
Kedatangan Aidil Adha setiap tahun sentiasa mengingatkan kita tentang
sejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Allah SWT menjadikan
sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi umat Islam untuk
mengorbankan harta dan jiwa demi keimanan kepada Allah SWT.
Sempena Aidil Adha ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para anbiya’ yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk agama Islam yang tercinta. Betapa hebat dan dahsyatnya pengorbanan mereka demi Islam. Mampukah kita mengikut jejak langkah mereka dengan melakukan pengorbanan yang ikhlas dan komited yang hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Sempena Aidil Adha ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para anbiya’ yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk agama Islam yang tercinta. Betapa hebat dan dahsyatnya pengorbanan mereka demi Islam. Mampukah kita mengikut jejak langkah mereka dengan melakukan pengorbanan yang ikhlas dan komited yang hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Manusia yang berkorban itu mampu mewujudkan suasana yang aman dan
tenteram serta bahagia di dalam sebuah organisasi mahu pun masyarakat. Sikap
saling bantu-membantu sesama kita akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara satu sama lain dan mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Perlu
diingat pengorbanan itu bukanlah satu senjata untuk kita menunjuk-nunjuk dan
bermegah-megah akan tetapi untuk mendapat keredhaan Allah Taala.
Maka marilah bersama-sama kita memupuk semangat berkorban dalam diri
kita tidak kira sama ada harta dan tenaga demi membangunkan Seri Nuang yang kita
sayangi ini dalam mengingatkan diri kita apakah sumbangan dan pengorbanan kita
kepada Seri Nuang ini demi mencapai redha, maghfirah dan rahmat Allah. Justeru
setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Seri
Nuang yang sentiasa berjuang dan berkorban untuk mengharmonikan pangsapuri ini.
Marilah bersama-sama kita berjuang dan berkorban membina masa depan
Seri Nuang yang lebih hebat dan cemerlang sebagai sebuah Komuniti Islam yang berkualiti dan berjaya di masa
akan datang. Salam Aidil Adha 1441 Hijrah daripada saya dan AJK JMB Seri Nuang
Sesi 2019/2021 kepada keluarga Komuniti Seri Nuang. Semoga Allah SWT sentiasa
merahmati kita. Aamin
Haji Mohd Azrin b. Haji Ezahar
Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Nuang
Sesi 2019-2021
10 Zulhijjah 1441H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan