Rabu, April 29, 2020

JMB dan Komuniti


29 Apr 2020, 0950hrs:
*PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT JMB SERI NUANG*

JMB Seri Nuang sentiasa prihatin terhadap isu-isu semasa melibatkan keselamatan penduduk.

Namun demikian terdapat beberapa perkara yang melampaui bidang kuasa JMB seperti hal-hal keselamatan dan sekeliling yang berlaku di luar kawasan Apartmen Seri Nuang. Namun demikian, tindakan proaktif sentiasa diambil selangkah ke hadapan dengan menjalinkan hubungan dua hala yang efektif bersama pihak berkuasa berkaitan.

Justeru, pihak JMB ingin menasihatkan kepada semua penduduk untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat isu melibatkan keselamatan sama ada daripada aspek jenayah atau sebagainya bagi tujuan tindakan pihak tersebut.

JMB Seri Nuang juga suka untuk menyarankan, agar penduduk bermuafakat dalam mengatasi isu-isu semasa yang melibatkan banyak perkara termasuk keselamatan di dalam dan luar kawasan Seri Nuang.

Terima kasih.

Tel/WA: 013-648 2832
http://serinuang.blogspot.com

Tiada ulasan: