Bila kita tinggal dalam sesebuah komuniti, kita patutlah kenal antara satu sama lain supaya ianya dapat mewujudkan satu semangat ukhwah. Sesebuah komuniti yang baik dan harmoni mesti ada sikap suka keal akan jiran-jiran. Ini penting bagi memastikan ada hubungan silaturrahim yang akan memberi manfaat kepada ahli komuniti itu sendiri. Fasiliti yang disediakan dalam sesebuah komuniti dapat membantu ke arah sebuah komuniti yang sihat dan sejahtera. Surau juga salah satu tempat di mana ahli-ahli dapat berkumpul bertanya khabar sesama kita sambil mengerjakan ibadah. Sertailah apa-apa program yang dianjurkan seperti kelas pengajian agama, kuliah atau ceramah dan lain-lain. Dalam sesebuah komuniti juga perlu ada persatuan penduduk yang berperanan dalam menguruskan hal-hal keselamatan, sosial dan tidak ketinggalan juga peluang menjana pendapatan tambahan kepada ahli komuniti.
Gambar-gambar di atas adalah satu perjumpaan tidak rasmi pada 7 Sept 2020 yang diinisiatifkan oleh JMB Seri Nuang bagi berbincang mengenai hal-hal keselamatan yang boleh dilaksanakan demi menjaga keselamatan dan keharmnian di Seri Nuang ini. Setiap orang dalam komuniti ada peranan masing-masing bagi membantu dan menambahbaik keadaan di Seri Nuang.
Mari sama-sama berganding bahu bagi memastikan Seri Nuang ini dijaga dengan baik. Ingat tagline kita "Rumah Kita... Kampung Kita". Hanya penduduk Seri Nuang sahaja yang sebetulnya dapat menjaga Seri Nuang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan