Rabu, November 26, 2008

Badminton actions by Seri Nuangers

"Kasi smash sama dia"

Aksi di Seksyen 6

Selasa, November 25, 2008

Lambaian Kaabah

Musim Haji 2008 tiba lagi dengan gelaran Lambaian Kaabah. Rukun Islam ke-5 merupakan satu rukun Islam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam untuk mengunjungi Makkah. Kepada sesiapa yang telah mengunjunginya, ianya adalah satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Umat Islam yang berkunjung ke Makkah merupakan Tetamu Istimewa kepada Allah swt. Maka lengkaplah rukun Islam yang lima itu jika sudah menunaikan ibadah Haji ke Baitullah.

Semoga dengan ibadah haji yang ditunaikan itu akan mendapat haji yang mabrur. Marilah kita doakan kepada semua umat Islam supaya dapat menunaikan haji dengan selamat. Selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia.

Ahad, November 23, 2008

Ping Pong at Seri Nuang

Kepada semua penghuni Seri Nuang @ Bukit Bandaraya Shah Alam, meja ping pong ada disediakan di dalam dewan serbaguna. Sesiapa yang ingin bermain ping-pong, adalah dialu-alukan kehadirannya. Meja ping-pong ini diperolehi adalah hasil usaha Saudara Zaini from Level 5. Baton untuk main tu ja kena bawa sendiri. Anyway, selamat main ping-pong.

Isnin, November 03, 2008

Perjumpaan Pemilik Pangsapuri Seri Nuang

Pihak Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Seri Nuang ingin mengadakan satu perjumpaan dengan semua pemilik rumah di Pangsapuri Seri Nuang pada:
  • Tarikh: 7 November 2008
  • Masa: 8.30 malam (Selepas sembahyang Isyak)
  • Tempat: Surau Al-Ikhwan

Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah untuk membincangkan hal-hal penambaikan untuk semua penduduk di pangsapuri ini.

Oleh itu, minta kerjasama semua pemilik rumah di sini untuk hadir bersama-sama dalam perjumpaan tersebut.

Azli 2-2-8 mendapat cahaya mata pertama

TAHNIAH Azli dan keluarga!!!!!!

Pada hari Jumaat lepas (31 Oktober 2008) tepat jam 3.34 petang, Saudara Azli dari 2-2-8 telah menerima cahaya mata yang pertama. Baby boy yang diberi nama Muhammad Aqeef Danial telah selamat dilahirkan di Darul Ehsan Medical Centre, Seksyen 9, Shah Alam dengan beratnya 3.0kg.

Semoga Azli (Email: mazlia@bankislam.com.my) murah ruzki dan selamat menjadi Bapa... Tahniah, tahniah.

Konsert Lebaran D'Kayangan

Pada 1 November 2008, satu konsert yang diberi nama Konsert Lebaran D'Kayangan telah diadakan pada jam 2.00 petang di Seksyen 13, Shah Alam. Artis yang dijemput hadir ialah Akhil Hayy, Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza. Maka pada hari tersebut, pejabat jualan Lebar Daun di Seksyen 9 tidak beroperasi sama sekali. Ramai juga pembeli yang pergi ke sana untuk berurusan tertanya-tanya kerana tidak ada notis yang mengatakan pejabat tidak beroperasi pada hari tersebut.

Hanya ada seorang security guard yang sedang makan di kedai mamak berhadapan dengan pejabat Lebar Daun yang memberitahu bahawa pejabat tidak ada staf.

Ahad, November 02, 2008

Badminton oleh Seri Nuangers

Saudara Zahidan selaku moderator untuk aktiviti badminton telah menyewa dewan di Seksyen 6, Shah Alam untuk membolehkan warga Seri Nuang meluangkan masa untuk bermain Badminton pada hujung minggu. Tarikh-tarikh yang telah dibooking ialah:
  • 26 Oktober
  • 2 November
  • 9 November
  • 16 November

Masa yang tekah dipilih ialah jam 9.00 hingga 11.00 malam.

Oleh itu, marilah ramai-ramai kita meriahkan court badminton di Seksyen 6 dengan gaya Seri Nuangers.

Rabu, Oktober 29, 2008

Masa Jamuan Raya

Wuiii!!! banyaknya makanan

Dah kenyang
Mai la makan hehehe
Menu utama: Satay Meru
Program menghalau nyamuk di Seri Nuang

Selasa, Oktober 28, 2008

Sekitar Jamuan Raya @ Seri Nuang

makan, makan

Tuan Samad memberikan kata-kata awal untuk majlis
Bro Fauzi menyampaikan ucapan aluan

Antara tetamu yang hadher

Gerai Burger Hisham laku malam tu
P/s: Sorry, gambar goyang la...harap maaf

Rabu, Oktober 22, 2008

Jamuan @ Seri Nuang berjaya dilaksanakan


Jamuan Hari Raya @ Seri Nuang telah berjaya dilaksanakan pada 18 Okt 2008 yang lepas. Warga Seri Nuang telah menunjukkan satu kerjasama yang baik untuk program yang julung-julung kali dianjurkan ini. Alhamdulillah, segala perancangan yang telah diatur rapi membuahkan hasil yang diharapkan. Dari segi makanan pula, memang tidak dinafikan amat mencukupi serta ada berlebihan yang mana dapat dibungkus untuk dibawa balik.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program tersebut dan berbanyak tahniah juga kepada warga kerja yang telah bertungkus-lumus dalam usaha murni ini. Syabas!

Program seumpama ini amatlah penting demi mengeratkan lagi hubungan antara jiran tetangga.

Jumaat, Oktober 10, 2008

Jamuan Hari Raya @ Seri Nuang


Selamat Hari Raya kepada semua warga Seri Nuang @ Bukit Bandaraya Shah Alam.

Jawatankuasa Penduduk telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan jamuan hari raya aidil fitri yang julung-julung sekali diadakan pada tahun ini. Butirannya adalah seperti berikut:



Tarikh: 18 Oktober 2008 (Sabtu)

Masa: 7.45 malam

Tempat: Tempat parking kereta sebelah Surau Al-Ikhwan



Jamuan ini diadakan secara Pot-Luck di mana setiap rumah adalah dialu-alukan untuk membawa juadah untuk majlis tersebut. Semua warga Seri Nuang adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut.


P/s:


Pada hari yang sama jugak, Saudara Azwan (rumah nombor 2-2-15) mengadakan jamuan hari raya bermula 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Semua warga Seri Nuang dijemput hadher.

Rabu, Oktober 08, 2008

Baraan - amalan kunjung-mengunjung

"Baraan" adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Jawa yang bermaksud mengunjungi setiap rumah di dalam kawasan tempat tinggal kita. Jika terdapat 50 buah rumah, maka setiap orang akan pergi ke setiap rumah tersebut secara berkumpulan. Amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat Jawa di sekitar Selangor, Perak dan Johore. Selalunya program ini diadakan pada hari raya kedua dan seterusnya. Kumpulan lelaki akan beraya pada hari raya kedua manakala kumpulan perempuan pula akan beraya pada hari raya ketiga.

Ini adalah satu cara untuk memupuk satu permuafakatan di antara penduduk di dalam sesebuah kampung. Amalan ini jarang terdapat di tempat-tempat lain.

Sesiapa ada pengalaman turut serta dalam program baraan ini, sila kongsi di ruangan komen.