Selamat Hari Raya kepada semua warga Seri Nuang @ Bukit Bandaraya Shah Alam.
Jawatankuasa Penduduk telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan jamuan hari raya aidil fitri yang julung-julung sekali diadakan pada tahun ini. Butirannya adalah seperti berikut:
Tarikh: 18 Oktober 2008 (Sabtu)
Masa: 7.45 malam
Tempat: Tempat parking kereta sebelah Surau Al-Ikhwan
Jamuan ini diadakan secara Pot-Luck di mana setiap rumah adalah dialu-alukan untuk membawa juadah untuk majlis tersebut. Semua warga Seri Nuang adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut.
P/s:
Pada hari yang sama jugak, Saudara Azwan (rumah nombor 2-2-15) mengadakan jamuan hari raya bermula 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Semua warga Seri Nuang dijemput hadher.
4 ulasan:
ya, selamat menjamu selera..
sedap makan nasik impit nie...
tak sabor rasenye nak pekena nasik impit dgn lontong..
Salam
wah bestnya ada seri nuang blog ni
ok saya pemilik seri nuang 2 (2-7-12).Syabas kepada yg membangunkan blog ini
Salam Puan Mulan,
Blog rasmi sebagai satu medium komunikasi untuk warga seri nuang tak kira penyewa atau pemilik yang dok kat sini.
So, Mulan jemput datang jamuan hari raya pada 18 oktober nanti kul 7.45 malam.
Saya, adnan (2-2-5), bagi pihak jawatankuasa penduduk menyumbangkan blog ini untuk seri nuang.
Kalau ada apa2 berita atau notis yang perlu dihebahkan kepada seri nuang, misalannya Penjagaan Anak ke? Nak bagi sewa rumah ke? silalah emailkan kepada serinuang@gmail.com atau adnan@perdana.org.my. Saya akan post dalam blog nie...
bab Penjagaan anak nie memang menjadi isu semasa yang sangat diperlukan. Jika ada sesiapa yang ingin menawarkan khidmat penjaagaan anak, ianya amatlah dialu-alukan.
Catat Ulasan