"Baraan" adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Jawa yang bermaksud mengunjungi setiap rumah di dalam kawasan tempat tinggal kita. Jika terdapat 50 buah rumah, maka setiap orang akan pergi ke setiap rumah tersebut secara berkumpulan. Amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat Jawa di sekitar Selangor, Perak dan Johore. Selalunya program ini diadakan pada hari raya kedua dan seterusnya. Kumpulan lelaki akan beraya pada hari raya kedua manakala kumpulan perempuan pula akan beraya pada hari raya ketiga.
Ini adalah satu cara untuk memupuk satu permuafakatan di antara penduduk di dalam sesebuah kampung. Amalan ini jarang terdapat di tempat-tempat lain.
Sesiapa ada pengalaman turut serta dalam program baraan ini, sila kongsi di ruangan komen.
13 tahun yang lalu
2 ulasan:
Assalamualaikum, ada sebarang cadangan untuk Acara rumah terbuka Seri Nuang tak? tapi kena cari masa sesuai le kan....minta maaf x dapat imarahkan surau lepas raya ni..asyik demam memanjang je SubhanAllah. InsyaAllah sihat saya dtg
tak penah join pon baraan nih... tapi paling tak suke bila kena sediakan air dan glass yang banyak kerana mereka selalunya dalam kumpulan yang besar. lepas tu nak basuh pulak glass-glas tuh... fuuhh penat!
Catat Ulasan