Ahad, Disember 07, 2014

Program Berkhatan dan Karnival Kesihatan Mini (7 Dis 2014)

Program Berkhatan dan Karnival Kesihatan Mini telah diadakan pada 7 Disember 2014 (Ahad) yang mana telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Haji Khalid Samad yang diiringi oleh ADUN Kota Anggerik, YB Dr Haji Yaakob Sapari. Seramai lebih kurang 40 orang anak-anak telah menyertai program berkhatan ini. Hospital Pakar Salam Shah Alam (http://www.salam.com.my/website/shahalam) telah membuka kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dan yang berbayar. Selain daripada itu, terdapat juga gerai jualan takaful, makanan, produk kesihatan dan bekam.

Tiada ulasan: