Sabtu, Disember 06, 2014

Hari Penjurian Mini ZeeBee 2014 & Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Hari Penjurian Pertandingan Mini ZeeBee 2014 dan pertandingan mewarna kanak-kanak telah diadakan pada 6 Dis 2014 (Sabtu). Majlis telah dimulakan dengan persembahan Monolog oleh Saudara Azrin dan Saudara Muaz. Ucapan aluan telah disampaikan oleh En Zaini dan Puan Hajah Anizan. Pembentangan pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Dr Kamarul Ariffin.

Juri-juri daripada MBSA yang diketuai oleh Prof. Dr. Dasimah Omar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UITM telah tiba jam 11.00 pagi. Beliau juga sudi merasmikan Perpustakaan Mini Seri Nuang dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna. Seterusnya ada sesi lawatan kawasan, jamuan makan dan potong kek dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para juri dan pemerhati dari MBSA.

Tiada ulasan: