Kebun sayur di Seri Nuang telah lama diwujudkan di satu kawasan kecil di belakang tempat pengumpulan sisa buangan berhampiran tempat meletak kenderaan di bahagian belakang kawasan bangunan. Ianya telah diusahakan semenjak 2008 lagi. Namun, dari sehari ke sehari, tambahan pula dengan kesibukan para penduduk, maka pokok-pokok yang tumbuh sekarang dah semakin membesar. Antara yang ditanam ialah pokok pisang, nenas, limau kasturi, kacang panjang, timun ayer, roselle, ubi kayu dan lain-lain.
Pokok nenas pernah berbuah dua kali dan juga timun ayer ada membuahkan hasilnya beberapa kali.
Bermula tahun 2012, aktiviti perkebunan dimulakan kembali dengan penyemburan racun ke atas rumput-rumput yang tumbuh meliar. Oleh itu aktiviti seumpama ini telah dimulakan kembali oleh Kelab Wanita Seri Nuang untuk memenuhi masa lapang apabila hujung minggu.
Berbudi kepada tanah akan membawa hasil.
13 tahun yang lalu
1 ulasan:
Good job girls he he
Catat Ulasan