Program yang menarik untuk bawa keluarga bertempat di Dataran Shah Alam bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 malam. Jumpa info ni di Facebook. Kalau tiada apa-apa program bolehlah datang sini.. Ianya program sempena menjelang tahun baru. Eloklah kerana saya yakin pengisiannya lebih baik dari sambutan malam tahun baru sebelum-sebelum ni.
Apa azam tahun baru? pastinya nak yang lebih baik dari tahun sebelumnya dan mencapai impian yang belum terlaksana. InsyaAllah.
Apa dia GeMS tu? saya dah search ianya bermaksud:
Secara amnya, “Graduates Employability Management Scheme” (GEMS) adalah satu inisiatif kerajaan bagi memperkasakan para graduan dengan kecekapan dan kebolehan dalam menempuhi alam kerjaya. Program GEMS ini diharapkan dapat memberi latihan kepada 12,000 graduan di dalam lingkungan masa dua tahun. Program latihan GEMS ini terbahagi kepada 2.5 bulan latihan berstruktur di dalam kelas dan 6 bulan latihan praktikal.
Salah satu projek yang dijalankan oleh peserta GEMS adalah program hari karnival yang melibatkan Gate Corporation dan Infinity Events Consulting. Kertas Kerja Karnival ini merupakan salah satu medium bagi “Karnival Keusahawanan Graduan”.
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan