Ahad, April 10, 2011

Sekitar Takraw dengan Lembaga Zakat Selangor

Siang tadi telah berlangsung perlawanan sepak takraw persahabatan dengan Lembaga Zakat Selangor yang berkesudahan dengan mata 3-2 berpihak kepada Lembaga Zakat Selangor.

Gambar-gambar sekitar perlawanan ada di sini

22 ulasan:

Seri Nuang Shah Alam berkata...

tahniah kepada semua pemain

cekgu jeram berkata...

lepas nih frenly ngan team mana plak?baguih gak dok buat frenly nih..mempertingkatkan ukhwah nuangers..tahap permainan pun MENINGKAT...tapi MENTAL KENA KUAT.HEHEH

tokey kuah rojak berkata...

mental tak kuat kena jadi pemerhati.
Pemerhati pon power apa, buleh psycho org yang kat dalam court tu..

Revolusi mental.

Tanpa Nama berkata...

next games kena menang...perjuangan belum selesai lagi...

sheila on 7 berkata...

Mencari damai abadi - pak lah

ustaz kazim berkata...

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Tanpa Nama berkata...

mcmana bangsa tak kena jajah...asyik dok politik blue ja...liwat,video,spender dlm umah tunang..lpas nih xtau la nak kuar apa lak..

panglima perang berkata...

ya,

inilah asam garam dunia politik. dalam politik kena berani dicantas dan mencantas. kena ada gu masing-masing, team a ke? b ke? c ke? ini semua adata dalam politik.

Kalau tak kuat, hang kena cantas, kalau hang ada kuasa, buleh cantas org lain.

moralnya: Dendam belum sudah.

panglima perang berkata...

macam-macam buleh create. Yang takda tu, akan diadakan.

Tanpa Nama berkata...

Ini citer pasai takraw ka @ pasai politik.jgn tersalah haluan

SemPiT berkata...

sikit2 tak pe,..hehe,kalu dok juang bangsa sampai bila tak sudah...kita tukar juang agama plak..ada brani..kalu brani cantas la Al- Quran n sunnah...

Tanpa Nama berkata...

SETUJUUUUUUUUUUUUU...NI DOK HINGAQ BANGSA MELAYU...APA CITA???MASUK KUBOQ TANYA HANG BANGSA APA KA...

The Jeffersons berkata...

Cantas Al-Quran maknanya kita cantas agama dan rasul serta Tuhan.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

Politik dan Takraw tak dapat dipisahkan nie nampaknya.

jejaka berkata...

bile cite babb politik je msing2 nk ketegang urat,,pdhal kalo kite pon kalo dh ade power emmm,,,kdg lebih kurang je x kire la parti tuperware ke,,cap arnab ke,,

Tukang Sapu Sampah Seri Nuang berkata...

Ini sebab keliling kita tu ramai org yang akan pengaruh...ada team A, ada team B dan ada Team C...

ini semua tak dapat dielakkan.. tgk skrg, contoh yang terpampang luas kat Internet. sapa yang mengena, sapa yang dikenakan, sapa yang punya angkara.

Dalam badminton pon sama, dalam bola pon sama... tak kira Malaysia atau England, pastikan kena.

Tanpa Nama berkata...

relax semua.....ok

treasure island berkata...

Kami memang tgh rileks ni, tu yang main takraw tetiap petang tu...

SemPiT berkata...

Selingan je smua tu...huh! pastikan court ada org ptg2, ble la gak kuar peluh...hehe

Nandre The Legend berkata...

ya, tu semua selingan la geng, jangan ambek serius sangat walaupon isu ni serius.

lupakan hal ini dan teruskan beraktiviti mengeluarkan peluh di petang hari...

jejaka berkata...

layannnn,,,,,,,,,,,,,,,,,,

cekgu jeram berkata...

petang nih penohkan court takraw nuangers...kalo tak ujan laaa...hehhe