Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
13 tahun yang lalu
4 ulasan:
syabas bro. Teruskan usaha2 sebegini. Akhir zaman ni ramai tenggelam dalam ujian. Kalau boleh setiap Jumaat cari ayat2 macam ni tampal kat lif kita untuk renungan bersama. Wassalam.
Mutiara kata...sesungguhnya ia memberi kesedaran dan keinsafan bahawa tidak semua yang kita suka kita akan dapat dan tidak semua yang kita dapat adalah yang kita suka...so bersyukurlah dengan apa yang ada kerana sesungguhnya ia juga ketentuan Allah...
muhasabah diri...
Ya, sebenarnya, inilah dakwah cara moden yang buleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja yang tahu akan kewujudan medium seumpama ini. Marilah kita sama-sama menyampaikan mesej demi kebaikan dan kesejahteraan kita bersama.
Tak rugi kan?
Kalau sapa-sapa ada artikel yang berguna daripada majalah yang nak dibuang, jangan buang dulu, ambil artikel tu, buleh tampal kat notis board kita atau kat surau. Ini lebih bermanfaat.
Catat Ulasan