Khamis, Julai 22, 2010

Sesi bersama Pesuruhjaya Bangunan (COB)

Ini merupakan satu sesi yang telah diusahakan oleh Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang untuk mengetahui dengan lebih lanjut hak-hak serta undang-undang bagi sesbuah kawasan perumahan lebih-lebih lagi pangsapuri. Pihak Pesuruhjaya Bangunan yang beribupejabat di MBSA merupakan satu badan yang mempunyai kuasa terhadap pemaju perumahan.

Maka dengan itu, semua pemilik rumah di Seri Nuang berpeluang menanyakan soalan yang berkaitan dengan premis rumah masing-masing. Sesi tersebut akan diadakan pada:

Tarikh: 25 Julai 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna @ Seri Nuang.

Jom pakat turun ramai-ramai.

2 ulasan:

pohon rimbun berkata...

Program sebegini telah berjaya memberi impak kepada pembeli rumah pangsapuri Seri Nuang.Ramai pembeli2 telah mengetahui hak2 mereka hasil penerangan dan sesi dialog bersama dgn wakil COB yg diketuai oleh EN Rizal.
Oleh yg demikian selepas ini pihak persatuan boleh memanggil wakil dari Lebar Daun,pembeli2 rumah pangsapuri seri nuang dan wakil COB utk sesi dialog yang seterusnya.

Tahniah diucapkan kepada AJK Persatuan yg diketuai oleh Pengerusi EN Zaini Hassan yg telah bertungkus lumus memastikan program ini berlangsung dengan jayanya.

SYABAs.

geng rumput hijau berkata...

gambaq-gambaq semasa perjumpaan semalam akan diuploadkan sedikit masa lagi, ini kerana webmaster sedang menyiapkan backdrop untuk program UMNO bhg cheras di Putrajaya hari ini.

jangan risau, semua berjalan lanchar sepertimana yang diranchangkan.

kepada semua kawan-kawan kepada Tuan Zaini Hassan, kerana bantuan dan tenaga demi menjaga dan memastikan program berjalan lancar.

tahniah kepada semua yang hader... support anda sangat dihargai dan semoga Seri Nuang dimurahkan ruzki..

kedai makan baru kena buat marketing sikit untuk tarik org makan kedai dia. Ini penting dalam perniagaan.