Rabu, Julai 07, 2010

Motivasi pekerja - bersedia menerima arahan

Salah satu faktor penentu motivasi kerja ialah kesediaan kita menerima arahan, terutama dari boss yang lebih muda umurnya daripada kita. Dalam sektor kerajaan, kita akan dipandang dari jawatan kita dan senioriti, kita kurang dipandang dari segi kemahiran.

Dalam sektor swasta, kita akan lebih dipandang jika kita memiliki banyak kemahiran daripada orang lain di dalam organisasi.Teori ini tak semestinya sama dalam semua tempat kerja sektor swasta tapi dalam kajian kami, kebanyakannya begitu, terutama organisasi di dominasi bangsa Cina.

Motivasi bekerja akan lebih ampuh apabila kita bersedia menerima arahan, memproses arahan itu di fikiran, merangka strategi, menyediakan bajet masa kemudian bertindak melaksanakan arahan. Kita perlu bijak menangani arahan-arahan dari bos kita terutama apabila kita menerima lebih daripada satu arahan dalam satu masa.

Usah pentingkan ego kita, pentingkan sumbangan kita pada organisasi tempat kita bekerja mencari rezeki.

Tiada ulasan: