Selasa, Jun 09, 2009

Kejadian kecurian motor

Terkini:

Satu kejadian kecurian motor telah berlaku di Seri Nuang. Sebuah motor Yamaha 125z bewarna biru dan putih telah dicuri oleh Hamba Allah yang tidak bertanggungjawab. Kejadian ini disedari lebih kurang jam 3.00 pagi yang mana parking motor itu berhampiran dengan surau. Pemilik motosikal itu yang tinggal di Level 2 menyedari akan ketiadaan motornya semasa beliau hendak keluar untuk pergi kerja.

Pelbagai persoalan boleh timbul dari insiden tersebut:

1. Apakah tugas sebenar pengawal keselamatan di Seri Nuang ini?

2. Berapa ramaikah pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam?

3. Apakah tindakan pihak Facility Management & Maintenance (Conso Carta Sdn. Bhd) terhadap insiden yang berlaku?

4. Adakah pengawal keselamatan yang ada sekarang sesuai dengan kerjanya?

5. Patutkah pengawal keselamatan yang ada sekarang ditukar dengan pengawal keselamatan yang memang betul dari syarikat kawalan yang berdaftar?

Langkah-langkah keselamatan WAJIB diambil berat oleh pihak Pemaju dan Maintenance. Situasi yang ada sekarang bagaikan "Asal ada". Para penduduk membayar maintenance fee setiap bulan dengan kadar yang tinggi berbanding dengan kemudahan yang ada di Seri Nuang.

Oleh itu, pihak Pemaju dan Maintenance kena memandang berat terhadap isu-isu seumpama ini agar ianya tidak berulang kembali.

20 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
amir mukmin berkata...

marilah kita semua penduduk seri nuang dalam mewujudkan satu suasana yang harmoni sesama kita.

Unknown berkata...

kpd pihak2 yg berkenaan...
jalani la t.jwb anda.

marwan abu shah berkata...

semoga Allah memberi balasan kepada org yang membuat kerosakan di dunia ini.

Ahmad Khalis B. Kamaruz-zaman berkata...

bayar bulan2 punyelah mahal..satu cctv pun xnak invest

Ahmad Khalis B. Kamaruz-zaman berkata...

yg pasti penyamun tu tinggal bersama kita di blok nh

Ahmad Khalis B. Kamaruz-zaman berkata...

kepada encik penyamun kalau2 terbaca blog nh..berdoalah banyak2 kau tak terkantol..

miss underground berkata...

Cadangan saya :

1. Pasang CCTV kat balkoni rumah committe yg facing pintu kluar. Rasanya rumah Saudara Samad amat sesuai skali. If letak CCTV kat post guard mcm mcm blh jadi. Mungkin blh buat kutipan wang dr penghuni2 lain untuk beli & pasang CCTV tu.

2. Conso Carta wujudkan sistem swipe card bagi kluar masuk kenderaan. Swipe card tu pulak penghuni kena la slalu pegang. Jgn simpan dlm kenderaan. Saya penah duk kat Mahligai & Kemuncak Condo. Sek.9. Maintenance fee sama rate dgn yg kita bayar tp diorang ada swipe card & guard dia slalu buat round. Bukan duk kat post guard je. Guard pun ada 2-3 org pada satu satu masa.

Yg semestinya Lebar Daun mmg cekik darah. Fee charge mahal mcm kondo tapi service teruk. Dinding lif pun tak lap. Kadang2 naik lif busuk.

Ni pandangan saya je. Dipersilakan komen dr tuan/puan utk tujuan penambahbaikan kawasan perumahan kita. TQ.

kucing seri nuang berkata...

semoga usaha semua dapat membuahkan hasil yang baik. geng2 penduduk kenalah bersatu-padu dan kenal-kenal la antara satu sama lain untuk senang kita tolong sapa2 yang memerlukan.

mengikut informasi yang diterima, majoriti yang dok kat seri nuang tu adalah org Melayu. kita kenalah buangkan perasaan ego sesama sendiri. Kalau boleh tu, senyum lah bila selisih tengah jalan..

kita org melayu, tak ramai pun yang tinggal kat situ.

orang baru berkata...

betul..betul..betul..susah sgt nk senyum even selisih dlm lif. bukan suh bg 'assalamualaikum' pn...hmm..blaja smer pandai2...adab sesama manusia pulak kurang...

musalman berkata...

nanti kalau bagi salam kang, org ingat lain plak, org ingat mamat nie Tabligh la plak...

tak tau la, org2 dok kat pekan besau nie memang tak reti nak beramah mesra kot...

elok lagi kalau kita dok apartment yang bukan melayu yang ramai. kekadang cina atau india tu lagi bagus dan ramah berbanding dengan org melayu kita ni.

Ingatlah, kita dok kat seri nuang, tak ramai pun.

orang baru berkata...

x salah bg salam dulu..hak masing2 nk jwb atau x. lgpn sesama kite melayu..beragama islam pulak tu, so x salah bradab skit. x jatuh pn standard kite yg brpangkat besar atau lg kaya dr org ln.. :P:P

senyum je skit..x rugi ape2 pn.smer org penat bkerja tp x kn la smpi senyum pn payah. komuniti kite kt sni kecik jek, pusing2 jmpe org yg sama, parking kete seblah mnyebelah.. :):)

Seri Nuang Shah Alam berkata...

wah, banyak sungguh komen dalam seri nuang nie rupanya,

saya bagi pihak seri nuang mengharapkan agar semua seri nuangers akan bersatu demi kebaikan sesama kita.

saya berdoa agar Allah selamatkan Seri Nuang dari segala bahaya.

kepada semua, marilah kita bertegur-sapa sesama kita. Ini akan menambahkan keharmonian sesama kita.

Peace for you, peace for me..

Seri Nuang Shah Alam berkata...

Kepada orang baru, musalman, musa sintok, cik luna semua nie...

makaseh atas komen yang membina, blog nie open for any comments.

please do so.

bermula hari nie, marilah kita saling tegur sapa, tak kiralah, nak bagi salam pon buleh, nak angkat tangan saja pon buleh, nak kata 'hai' pon dah ok tu....

Masalahnya sekrang sebab kita tak kenal, tu yang jadi payah nak tegur tu, tapi bagi kawan-kawan yang dah kenal, ini tak da masalah pon... dah siap tau nama lagi....

pemerhati berkata...

betol.. byk cara untuk kenal org... salah satu yg paling senang, gi solat berjemaah kat surau... :)

orang baru berkata...

yuppp...stuju smer tuh! :):) marilah kite mulakan dgn brtegur sapa jiran depan umah dulu (harap2 jiran depn umah sy ni bace laa post nie...hopefully lps ni bukn skadar bukak pintu skit2 jek~mcm ala2 ngendap org tuh~)... penat jek sy brcakap ngn mak awk... :):) anyway...slmt memasak kak siti...

Seri Nuang Shah Alam berkata...

wah, ini sudah boleh buat forum ni.

harap-harap mesej ni sampai la, tapi kita kena ingat yang bukan semua org kat seri nuang nie yang ada akses internet atau suka blogging nie.

benda2 blogging nie bukanlah buang masa atau curi masa kerja, tapi sebagai satu chabang communication untuk semua.

macham email pon sama, adalah satu cara untuk communicate.

oleh itu, marilah kita semua mula blogging.

mrs khalis berkata...

betol2.. blogging ada jugak faedahnya.. antaranya, buat online store.. hehehe... dah lama dah start...

anyway, selit sikit, tadi on the way pegi keja, nampak guard tuh pakai macam earphone... tapi tak nampak bebetol sbb rushing... adakah guard tuh layan mp3? tak mengganggu tugas ke? contoh, kalau ada bunyi2 yg mencurigakan, kot2 dia takleh dengar?

shaun kwong berkata...

Thanks for posting. Condo dwellers may have issues with lift etiquette and maintenance. See the videos I posted. Shaun Kwong - Home Lifts [Alternative Elevator Co] http://www.elevatormalaysia.com