Isnin, Jun 01, 2009

Aduan mengenai pembesar suara


Terkini:

Pihak Jawatankuasa Penduduk Seri Nuang ada menerima aduan daripada penduduk di Seri Nuang mengenai volume pembesar suara di surau terlalu kuat pada waktu subuh. Ini kerana pada waktu itu adalah waktu yang agak sunyi, maka pengadu berasa tidak selesa akan situasi tersebut. Beliau meminta agar diperlahankan sedikit volume pembesar suara tersebut agar ianya tidak mengganggu penduduk.

Nota: Aduan ini akan dibawa ke dalam perbincangan para perwakilan Jawatankuasa Penduduk secepat mungkin.

Terima kasih.

8 ulasan:

Nandre The Legend berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nandre The Legend berkata...

Sahabat-sahabat sekalian,

itulah adalah salah satu chubaan dalam usaha menegakkan syiar Islam di Seri Nuang ini. Semoga segala usaha yang dibuat akan diberkati Allah.

Takbir!!!!!

Nandre The Legend berkata...

waktu subuh adalah satu keadaan di mana suasana yang sepi dan hening tanpa kicauan burung-burung. Itulah yang menyebabkan suara pembesar suara itu bergema dengan kuatnya.

Maka kita kena buat testing 123 pasal speaker tu.

rock steady

jasmin jaimon berkata...

Demi menghormati jiran-jiran yang lain, maka kita kurangkan volumenya sikit.... jangan salah paham plak, kita hanya slowkan sikit, bukannya off terus...

maka, eloklah demikian adanya.

musa sintok berkata...

kami tetap menyokong usaha membangunkan syiar Islam, Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Cik Luna berkata...

pembesar suara surau
di komplenkan...takde plak dicatatkan nama pengadu ye
erm..erm...pada firasat saya
eloklah adanya pembesar suara tu begitu...dlm kuat tu pun
xramai yg bangun dr tidor..hhehe
apa pun sy tetap setuju
'musa sintok berkata..."
kami tetap menyokong usaha membangunkan syiar Islam, Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

musa sintok berkata...

cik luna,

kita org Islam, Azan atau "bang" - kata org utara, adalah satu Doa untuk menghalau Setan yang bermain-main disekeliling kita, dengan adanya "bang", maka setan-setan akan lari tak cukop tanah sampai masok dalam laut...

hanya org yang tak biasa ja akan terasa gusar atau terganggu dgn keadaan tersebut.

kalau pengadu tu ikhlas dalam buat komplen, eloklah dia berhubung dengan kelab penduduk nie dan kalau dia berani, dia tulih nama dalam nota tersebut... itu pon kalau dia berani la...

musa sintok berkata...

cik luna, terima kaseh karna bisa menyokong saya nun jauh kat sintok nie...