Selasa, Julai 29, 2025

Pertandingan Badminton Tertutup Bukit Bandaraya Shah Alam


PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP BUKIT BANDARAYA SHAH
 ALAM.

ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK BUKIT BANDARAYA SHAH ALAM (PPBBSA) TAHUN 2025
Tarikh: 2 - 3 Ogos 2025
Masa: 8.00 pagi – 4.30 ptg.
Tempat: Dewan Bunga Kemboja, BBSA, Seksyen U11, Shah Alam. 
Kategori Pertandingan: 
1. Beregu Lelaki : Umur 18 tahun hingga 45 tahun
2. Beregu Lelaki Veteran : Umur 55 tahun ke atas
3. Beregu Wanita : Umur 18 tahun ke atas
(Pilihan regu akan dibuat secara undian bagi semua kategori)
Hadiah- Hadiah: 
1. Beregu Lelaki: Umur 18 tahun – 45 tahun
Johan - RM300.00
Naib Johan - RM150.00
Ketiga - RM70.00
Keempat - RM70.00
2. Beregu Lelaki Veteran: Umur 55 tahun ke atas
Johan - RM300.00
Naib Johan - RM150.00
Ketiga - RM70.00
Keempat - RM70.00

3. Beregu Wanita: Umur 18 tahun ke atas
Johan - RM200.00
Naib Johan - RM120.00
Ketiga - RM60.00
Keempat - RM60.00
Cabutan Bertuah: Lebih 10 hadiah untuk dimenangi.
Bayaran Penyertaan: RM20.00 seorang.
Bayaran dibuat secara online ke akaun RHB Bank Bhd.:
No. Akaun: 26225 00003 0430
Nama Akaun: Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam (PPBBSA)

Sila whatsapp slip bayaran anda kepada: 
Hj Hasnor Hj Mohd Jan: 019-3318441 atau
Hj Lutfi Daud: 019-8062789

Isnin, Julai 21, 2025

Sekitar Program Fun Walk-Pertandingan Mewarna-Makan-makan (20 Julai 2025)

Jumaat, Julai 18, 2025

Gotong-Royong - Fun Walk dan Pertandingan Mewarna


Assalamualaikum Komuniti.

Jom Sertai Program Gotong-Royong Komuniti Kita!

Satu program Gotong-Royong akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 20 Julai 2025

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Perkarangan Surau Al-Ikhwan

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk semua peringkat umur:

Fun Walk: Mulakan hari kita dengan aktiviti riadah yang menyihatkan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Gotong Royong: Bersama- sama kita berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran kita. Bawa anak2 kita yang besar join sekali.  Bak kata pepatah, "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."

Pertandingan Mewarna: Bawa anak-anak kita (bawah 12 tahun) untuk menyertai pertandingan mewarna yang menyeronokkan dan biarkan kreativiti mereka menyerlah!

Program ini adalah peluang terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kejiranan, dan menjaga kebersihan serta keindahan persekitaran tempat tinggal kita.

Jom!

#RumahKitaKampungKita

Selasa, Julai 01, 2025

Jadual Majlis Ilmu Untuk Julai 2025

 

Khamis, Jun 26, 2025

Salam Maal Hijrah 1447: Membangun Ummah Madani

Jumaat, Jun 06, 2025

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1446

 

Ahad, Jun 01, 2025

Jadual Majlis Ilmu di Surau Al-Ikhwan: Jun 2025

 

Khamis, Mei 22, 2025

Penambahan Bumbung Surau

Bumbung luar Surau Al-Ikhwan telah dibuat penambahan bagi mengelakkan tempias akibat hujan. Malah dengan penambahan atap ini mewujudkan ruang bagi pejalan kaki untuk lalu dari Blok 2 ke Blok 1 dan sebaliknya. Semoga ianya bermanfaat bagi penduduk di Seri Nuang.

Jumaat, Mei 16, 2025

Bengkel Membuat Roti Floss Ayam Homemade

 



Jumaat, Mei 02, 2025

Ziarah Tuan Haji Rozaiman A Hamid


Terima kasih kepada wakil Surau Al-Ikhwan, Saudara Adnan dan Saudara Hisham yang telah pergi menziarah jiran kita, Tuan Haji Rozaiman (Blok 2) yang baru keluar daripada hospital akibat sakit saraf (Guillain–Barré syndrome) semenjak bulan Januari yang lalu. Buat masa ini, beliau berada di rumah emaknya di Seksyen 11, Shah Alam. Beliau juga tidak berupaya untuk bekerja buat masa sekarang.

Mari kita sama-sama mendoakan agar Tuan Haji Rozaiman segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan keluarga beliau.
1 Mei 2025

Khamis, Mei 01, 2025

Pengajian Ilmu: Mei 2025