Isnin, Mac 04, 2024

Gotong-Royong Surau / Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin

Assalamualaikum wbk. 

Bulan Ramadhan hampir tiba, marilah kita sama-sama berganding bahu membersihkan surau kita sebagai persediaan untuk sembahyang Terawih dan lain-lain. Jemput juga ke majlis Tahlil dan bacaan Yaasin pada sebelah malamnya pula. Ketetapannya adalah seperti yang berikut: 

Tarikh: 9 Mac 2024 (Sabtu)

Masa: Gotong-royong - 8.30 pagi

           Majlis Tahlil - Selepas solat Maghrib

Tempat: Surau Al-Ikhwan 

Justeru, Surau Al-Ikhwan ingin menjemput semua Seri Nuangers bersama-sama dalam kerja amal ini dan jemput juga hadir ke majlis Tahlil dan bacaan Yaasin pada sebelah malamnya. 

Jamuan disediakan pada kedua-dua acara ini. Sekiranya ada sesiapa yang ingin menyumbang juadah, Surau Al-Ikhwan amat menghargainya. Bagi penyertaan Tahlil, sila klik pada pautan ini: https://forms.gle/58CTrCChcHXHTDSK6

Kalau Siang Ada Matahari

Kalau Malam Ada Bintang dan Bulan

Mari Kita sucikan Hati

Untuk Menyambut Bulan Ramadhan

Jangan lupa hari Sabtu ni!!

#MarhabanYaRamadan

#RumahKitaKampungKita

Ahad, Mac 03, 2024

Sekitar hari Terbuka MPP Zon 4


Hari Terbuka MPP Zon 4

3 Mac 2024
Wakil JMB Seri Nuang dan Surau Al-Ikhwan hadir ke program yang berlangsung pagi tadi dan bertemu dengan En Vincent Chow, Pengerusi MPP Zon 4 dan sempat berbincang beberapa perkara bagi menambahbaik fasiliti di Seri Nuang. Akan ada lawatan seterusnya ke Seri Nuang.

Sabtu, Mac 02, 2024

Anak-anak Seri Nuang di taman permainan


Anak-anak Seri Nuang meningkat dewasa dan remaja. Inilah gelanggang anak-anak menunjuk bakat serta bergaul dengan rakan-rakan dalam kejiranan. Jagalah Seri Nuang kita sepertimana kita jaga rumah kita.

Hari Terbuka MPP Zon 4

 

Jumaat, Mac 01, 2024

Pengajian Bulan Mac 2024

 

Jumaat, Februari 23, 2024

Pasar Tani FAMA di Seksyen 8, Shah Alam

 

Foto ihsan FAMA Negeri Selangor 

Lokasi Pasar Tani ini adalah di sebelah Surau Ar-Rahmah, Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, Shah Alam. 


Rabu, Februari 21, 2024

Seri Nuang: Nyaman, Tenang dan Damai...

 

Foto ihsan: Herman Marmin 

Selasa, Februari 20, 2024

Sumbangan Kepada Surau Al-Ikhwan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang kepada Surau Al-Ikhwan, anda boleh mengimbas kod QR di atas dan gunakan aplikasi bayaran bank masing-masing. 

Slip sumbangan bolehlah diemelkan kepada serinuang@gmail.com

Pihak Surau Al-Ikhwan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan kami berdoa agar segala amal baik kalian akan dibalas baik oleh Allah swt.  

Ahad, Februari 18, 2024

Pengail Surau Al-Ikhwan ke Bagan Tengkorak

 

Pasukan Pengail Surau Al-Ikhwan seramai 11 orang telah berlepas ke Bagan Tengkorak, Tanjung Karang bagi aktiviti memancing pada 17-18 Feb 2024. 

Rabu, Februari 14, 2024

Ahli Majlis MPP Zon Empat Sesi 2024-2025

 

Jumaat, Februari 09, 2024

Jalan Berlubang dan mendap

 

Jumaat, Februari 02, 2024

Pengajian Ilmu Bulan Feb 2024