Khamis, Ogos 11, 2022

Masjid, surau dilarang guna pembesar suara luar ketika sesi ceramah, kuliah

 

Utusan Malaysia – 10 Ogos 2022

SHAH ALAM: Umat Islam di negeri ini perlu hadir ke masjid atau surau untuk mendengar ceramah dan kuliah selepas alat pembesar suara bahagian luar tidak dibenarkan diguna bagi tujuan tersebut.

 

Justeru, kegunaan pembesar suara itu dihadkan kepada laungan azan dan bacaan ayat Al-Quran dalam tempoh singkat sebelum masuk waktu solat sahaja selaras dengan arahan dikeluarkan pada 23 Oktober 2017.

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, larangan perkara itu telah dikeluarkan selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 16 Oktober 2017.

 

“Sultan Selangor dengan jelas menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja. (Manakala) pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat Al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menurut Mohd. Shahzihan, baginda memutuskan demikian supaya kemuliaan Islam sebagai cara hidup yang sempurna, dinamik serta sentiasa mementingkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya dapat dirasai semua pihak dan seterusnya menjadi contoh teladan yang baik.

 

Sehubungan itu, katanya, JAIS menyambut titah Sultan Sharafuddin dengan mengeluarkan arahan kepada pentadbir masjid dan surau seluruh negeri bahawa penggunaan pembesar suara luar untuk ceramah dan kuliah tidak dibenarkan pada 23 Oktober 2017.

 

“Justeru itu, siasatan lanjut telah dibuat (berhubung isu seorang lelaki mengamuk kerana sebuah surau di rumahnya di Ampang Campuran membuka pembesar suara luar semasa program kuliah subuh) mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9  Tahun 1995 kerana disyaki berlakunya satu perbuatan melanggar titah Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di negeri ini,” tegasnya.

 

Baru-baru ini, beberapa portal berita tempatan melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang telah menganggu sesi kuliah subuh di sebuah surau di Ampang Campuran, Ampang, pada minggu lalu.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/masjid-surau-dilarang-guna-pembesar-suara-luar-ketika-sesi-ceramah-kuliah/?utm_source=dable

Sabtu, Ogos 06, 2022

Pengail Surau Al-Ikhwan ke Bagan Tengkorak

Gambar kumpulan Pengail Surau-Ikhwan sebelum berangkat ke Bagan Tengkorak, Tanjung Karang bagi aktiviti mengail ikan di sana. Sebuah bot akan disewa bagi membawa ahli ke tengah laut. 

Selasa, Ogos 02, 2022

Tuan Guru di Surau Al-Ikhwan

 

Isnin, Ogos 01, 2022

Jadual Pengajian Surau: Ogos 2022

 


Ahad, Julai 31, 2022

Sekitar Bengkel Membuat Minyak Wangi (31 Julai 2022)

 

31 Julai 2022 (Ahad)
Bertempat di Perpustakaan Mini Seri Nuang, Bukit Bandaraya, Seksyen U11

Isnin, Julai 25, 2022

Bengkel Membuat Minyak Wangi

Salam semua, Satu program akan diadakan iaitu: "Bengkel Membuat Minyak Wangi" pada:

 Tarikh: 31 Julai 2022 (Ahad)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Surau Al-Ikhwan, Pangsapuri Seri Nuang, Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam 

Kepada yang berminat sila daftar di link: https://bit.ly/3cEqFl2. Penyertaan hanya terhad kepada 30 orang sahaja dan ianya PERCUMA!! 

Tarikh tutup penyertaan: 26 Julai 2022, 2.00 petang 

Rabu, Julai 20, 2022

JOM Sembahyang Berjemaah di Surau

Isnin, Julai 18, 2022

Sayangi Seri Nuang

Foto kredit: Rozaiman A Hamid
 

Sabtu, Julai 16, 2022

Bayaran Penyelenggaraan Tanggungjawab Pemilik Rumah


 

Rabu, Julai 13, 2022

Support your residents association

Source: The Star

Khamis, Julai 07, 2022

Salam Aidil Adha 1443H

 

Jumaat, Julai 01, 2022

Jadual Pengajian: Julai 2022