Memaparkan catatan dengan label library. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label library. Papar semua catatan

Ahad, Mac 18, 2018

Terima kasih MBSA

Pihak Perpustakaan Mini Seri Nuang merakamkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor, Bahagian Pembangunan Komuniti MBSA, Perpustakaan Anggerik Vanilla dan khasnya MPP Zon 4 di atas sokongan serta sumbangan dalam merealisasikan usaha Komuniti Seri Nuang dalam usaha menambahbaik kemudahan perpustakaan dan seterusnya menjadikan ianya sebagai hab pendidikan rakyat setempat khasnya dan penduduk sekitaran amnya di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. Pada 17 Mac 2018, pihak Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA telah menyempurnakan penyerahan dua buah komputer, dua buat meja komputer, tiga buah rak buku serta dua buah kerusi bulat kepada Perpustakaan Mini Seri Nuang. 

Ini merupakan kerjasama yang telah dibuat antara MBSA dan Komuniti Seri Nuang yang mana usaha mewujudkan sebuah perpustakaan telah bermula semenjak 2014 apabila Seri Nuang dipilih oleh pihak MPP Zon 4 (Seksyen 8 dan U11) untuk bertanding di dalam Pertandingan Zon Bersih Mini (Mini Zee-Bee) antara zon-zon di Shah Alam. Hasrat dan sokongan padu daripada MPP Zon 4 menjadikan Seksyen U11 sebagai hab pendidikan rakyat telah membuahkan hasil dengan wujudnya perpustakaan mini ini. 

Perpustakaan mini adalah di bawah naungan dan seliaan Surau Al-Ikhwan di mana ianya seiring dengan misi surau untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada komuniti di samping mengadakan siri-siri kuliah agama dan kuliah bersiri bersama penceramah jemputan. 

Para penduduk juga telah menyumbang sejumlah buku yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk sendiri. Buku-buku ini adalah merangkumi subjek umum, kanak-kanak, agama, motivasi diri dan lain-lain. Antara program yang telah dijalankan di perpustakaan mini ialah:

a. Pembentangan akhir Pertandingan Zon Bersih Mini (Mini Zee-Bee)
b. Fun Learning English bersama Uncle K 
c. Program Kempen Kesihatan bersama Fakulti Perubatan, UiTM
d. Demo membuat kek Brownies dan Carrot anjuran MPP Zon 4 
e. Program lawatan ke Perpustakaan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning 
f. Misi pecutan akhir PT3 dan SPM bersama Aunty Dayah
g. Program 'Storytelling' bersama pelajar taska-taska Bukit Bandaraya, Seksyen U11

Sekiranya ada mana-mana organisasi yang ingin menjalankan program bersama komuniti di Seri Nuang, bolehlah berhubung melalui email: serinuang@gmail.com / an9949@gmail.com ataupun melalui telefon di talian 018-213 8370 / 012-614 6504
Tenaga kerja PAV sedang meyiapkan kerja-kerja pemasangan komputer
Wakil Perpustakaan Anggerik Vanilla, En. Jazlan bersalaman dengan En. Norazlan dari Seri Nuang sambil diperhatikan oleh En. Adnan (Seri Nuang)

Rabu, Februari 21, 2018

PROGRAM "STORY TELLING" BERSAMA PELAJAR TASKA

PROGRAM "STORY TELLING" BERSAMA PELAJAR TASKA
Masa: 21 Februari 2018 (RABU)

Waktu : 09.00 Pagi
Tempat : Perpustakaan Mini Seri Nuang, Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam

Story Teller: 

Puan Jariah Bt Bakar (Gummy Bear Training & Learning)

Jemputan Khas: 

1. Taska Denai Ilmuan Sek U11
2. Taska Najma Sek U11
3. Taska Adek Sek U11

Anjuran:
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4
Ahli Majlis / Pengerusi:  Datin Hajah Anizan Bt Othman

~ Great stories happen to those who can tell them." -"Ira Glas" ~
Foto kredit MPP Zon 4 

Ahad, Januari 07, 2018

Mini Library Seri Nuang ... terkini

Meja untuk komputer

Tiga rak baru diterima
Kerusi area santai


Rabu, Oktober 04, 2017

Perpustakaan di kondominium

Tan (standing) overlooking the childrens art and craft sessions in the Bukit OUG Condominium library.
Chua ,who formerly ran the childcare centre, now volunteers with administration work at the Bukit OUG Condominium library
There are many reasons why 10-year-old Hans Dawson and his friend, Kabir Singh, look forward to Fridays. School finishes early, it is the start of the weekend and it is also library day where they live. The library at Bukit OUG Condominium is open to residents only once a week from 2pm to 4pm and two books are allowed to be borrowed at a time. It is run by three residents, Carol Mosdeen, Tina Chua and Tan Ling Suan, better known to the children as Aunty Suzee.

Sabtu, September 30, 2017

Serahan buku untuk library kanak-kanak wakaf

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Foto kredit: Fazli Baharuddin, FPM
Serahan dua kotak buku kanak-kanak kepada Pn Rafidah, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana, Seksyen U10

Sabtu, Februari 18, 2017

Jumaat, Januari 20, 2017

Jom kemas library

Sabtu, September 03, 2016

Kunjungan Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA ke Seri Nuang Mini Library

Saudara Norazlan menerima sumbangan buku dari Pen. Pegawai Perpustakaan PAV, Puan Rafida Abdul Rahman
Datin Hajah Anizan Othman, MPP Zon 4 memperkatakan sesuatu dalam perbincangan pagi itu
3 Sept 2016

Ahad, Mei 15, 2016

Lawatan FLE ke Perpustakaan Anggerik Vanilla (14 Mei 2016)

Khamis, Oktober 08, 2015

Seri Nuang Mini Library